Sebahagian manusia terhadap yang lainnya Baik Arab maupun bukan Arab Saling memberikan khidmat Walaupun tidak mereka rasa
(Madah seorang penyair) Namun, sebilangan individu mempunyai ego melampau, mereka selalu merasa merekalah yang terbaik, paling afdhal, paling pintar, dan paling berhak - dibanding dengan orang lain yang ada - untuk menjadi qiadah, pelopor, memberi kesaksian, dan memimpin, walaupun kapasiti mereka belum sampai ke peringkat memikul pelbagai tanggung jawab berat organisasi ini. Inilah tabiat penganut falsafah egoisme, iaitu Iblis yang menyangka bahawa unsur api lebih baik daripada unsur tanah, maka ia berkata, "Aku lebih baik daripada dia (Adam AS), Engkau ciptakan aku daripada api, sementara Engkau ciptakan dia (Adam AS) daripada tanah" (Al-A'raf: 12, Shad: 76). Termasuk dalam arti unsur, sebab ia meyakini dalam dirinya mempunyai kehebatan peradaban yang memberinya kelayakan untuk memunculkan pelbagai cara kreatif dalam menyelesaikan masalah dan rintangan sebagaimana yang diusulkan oleh salah seorang penumpang kapal yang digambarkan dalam hadits Nabi SAW, iaitu daripada An-Nu'man bin Basyir RA daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda: "Perumpamaan seseorang yang berkomitmen ketika berada dalam batas-batas Allah dan yang terperosok ke dalamnya adalah seumpama satu kaum yang mengundi pada sebuah kapal, maka sebahagian mereka mendapat tempat di bahagian atas kapal dan sebahagiannya mendapat bahagian di bawah kapal. Orang-orang yang berada pada bahagian bawah kapal, jika mengambil air mesti melewati orang-orang yang berada di bagian atas, lalu mereka berkata: 'Bukankah lebih baik kita membuat lubang pada lantai kita, supaya kita tidak mengganggu yang di atas kita', maka, jika mereka membiarkan niat membuat lubang itu, nescaya seluruh penumpang kapal akan celaka, dan jika mereka menghalang niat orang yang membuat lubang itu, nescaya mereka yang membuat lubang selamat dan selamat pula seluruh penumpang kapal". (HR. Bukhari dan Muslim) Baca huraian menarik di dalam artikel lengkap di http://fikrah-dakwah.blogspot.com
