Selesaikan perbezaan pendapat dengan bijak - Tuanku Abdul Halim
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Tun Sakaran Dandai, Jamil Khir Baharom dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim bersama
Tokoh Maal Hijrah 1431, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan Dr. Mohd. Yusof Noor di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
________________________________
PUTRAJAYA 18 Dis. - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam
Shah mengingatkan umat Islam agar menyelesaikan segala bentuk perbezaan
pendapat yang boleh merugikan dan memecahbelahkan ummah dengan cara baik serta
bijaksana.
�
Baginda yang juga Sultan Kedah bertitah, hanya melalui kekukuhan ikatan ukhuwah
dapat memastikan kelangsungan ummah yang utuh.
�
Tegas baginda, semua pihak perlu memainkan peranan agar hasrat tersebut
tercapai.
�
"Melihat kepada senario hari ini, umat Islam perlu kembali kepada kekuatan
persaudaraan yang sebenar.
"Umat Islam hendaklah sentiasa menanam rasa kasih dan sayang di antara satu
sama lain," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis perhimpunan sambutan Maal Hijrah
1431H/2009M peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
(PICC) di sini hari ini.
�
Tema sambutan pada kali ini adalahMemantap Ukhuwah Memperkasa Ummah.
�
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Ketua
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh
Abdul Aziz dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
�
Tuanku Abdul Halim bertitah, umat Islam perlu meletakkan kepentingan syariat
mengatasi segala-galanya kerana hanya dengan cara itu mereka akan terselamat
daripada pelbagai gangguan, tohmahan, pergeseran dan perpecahan.
"Setiap anggota masyarakat mesti merasa bertanggungjawab untuk bersama membina
kesatuan ummah yang melangkaui kepentingan diri atau kelompok," titah baginda.
Titah baginda, umat Islam masa kini mesti membina jati diri yang unggul,
memiliki dan mengamalkan sifat mahmudah serta menjauhkan semua sifat mazmumah.
�
Baginda bertitah, umat Islam yang terbaik ialah mereka yang dapat mengamalkan
segala ciri, sifat dan akhlak terbaik yang ada pada Nabi Muhammad SAW dan para
sahabat.
"Contohilah sikap, semangat dan kepimpinan yang telah dijana oleh baginda yang
telah terbukti mampu menghasilkan keadilan, ketulusan dan kebenaran.
�
"Oleh itu, umat Islam sekarang mesti bekerja keras untuk menguasai segala
kekuatan, kehebatan dan keunggulan yang pernah dimiliki oleh umat Islam dulu,"
titah baginda.
Justeru, titah baginda, suatu transformasi perlu dirancang, diteliti, dikaji
dan dilaksanakan bagi membuat anjakan yang mampu membina, mengangkat dan
memartabatkan semula umat Islam ke persada keagungan.
�
Pada majlis itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor, 68, dan
Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Abdullah Ali
Al-Qaradawi, 83, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah
1431H/2009M.
�
�
Wassalam.
�
AFFINBANK� -� "BANKING WITHOUT BARRIERS"
�
Noorshamsudin Hj. Mohd Darus
IS Audit, Group Internal Audit
1st Floor Menara AFFINBANK
80 Jalan Raja Chulan, KL
�
Tel:� 03-27315246 (Ofis) / 012-2923403 (H/P) / 03-61040412 (Home)