Rembau sebenarnya mempunyai banyak khazanah alam semulajadi ciptaan Allah yang 
tidak diketahui umum bukan sahaja oleh masyarakt luar Rembau bahkan masyarakat 
di Rembau sendiri.

Selain daripada Hutan Rekreasi Gunung Datuk yang agak terkenal juga ketika ini 
, ada lagi satu Hutan Rekreasi yang pada pandangan saya jauh lebih baik dari 
Hutan Rekreasi Gunung Datuk kalau dibangunkan dengan terancang.

Ianya ialah Rimba Rekreasi , Sg. Talan, Kg. Bintongan, Rembau. Rimba Rekreasi 
Sg. Talan ini mempunyai jeram dan air terjun yang begitu menarik.

Pada 18 hingga 20 Disember 2009 yang lalu kedua-dua anak saya yang sekolah 
rendah ( umur 9 dan 12 tahun) telah menyertai program Pekhemahan dan Motivasi 
anjuran Unit Amal Rembau di Rimba Rekreasi Sg. Talan. Mereka begitu seronok dan 
teruja dengan keindahan alam sekeliling serta jeram yang ada di situ.

Rimba Rekreasi Sg. Talan ini perlu dibangunkan dengan terancang agar ianya 
bukan sahaja memberi menafaat kepada para pengunjung bahkan dapat menjana 
ekonomi penduduk kampung setempat.

Untuk melihat keindahan Rimba Rekreasi Sg. Talan sila ke pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2009/12/khazanah-berharga-di-rembau.html 




      

Kirim email ke