Program Perkhemahan dan Motivasi anjuran Unit Amal Kawasan Rembau dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan pada 18 hingga 20 Disember 2009 yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta setempat dari Rembau dan Seremban.
Program yang dijalankan di Rimba Rekreasi Sg. Talan, Kg. Bintongan, Rembau tersebut telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada para remaja dan belia. Menurut Pengarah Unit Amal Kawasan Rembau Izamri bin Med yang juga merupakan Pengarah Program tujuan utama program tersebut ialah untuk menggalakkan para remaja mengisi masa lapang terutama pada musim cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanafaat. Antara kelainan dalam program kali ini menurut Izamri ialah memasukkan unsur keusahawanan dan inovatf di kalangan para peserta antaraya bengkel membuat roti canai, bengkel membuat apam balik dan bengkel membuat roket air. Rata-rata para peserta yang ditemui berpuas hati dengan penganjuran program tersebut dengan latarbelakang suasana alam semulajadi yang aman dan tenang. Sementara itu upacara Perasmian Penutup Program Perkhemahan dan Motivasi siri 2009 pada kali telah disempurnakan oleh Mohd Sufian bin Ibrahim selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau. Untuk melihat foto sekitar program tersebut sila ke pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2009/12/sekitar-perkhemahan-motivasi-2009.html
