Salaam sahabat sahabat sekalian, Saya terbaca di sebuah majalah Islam.Ada seorang hamba Allah bertanya di ruangan soal jawab.Dia bertanya yang dia tidak pernah mandi wajib sejak umur baligh hingga sekarang umurnya 30 tahun.Ada kah perlu dia khadak semua mandi wajib yang dia tidak pernah buat itu. Apa pandangan sahabat tentang persoalan ini?
Salaam & Regards *Amri el Wahab* Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com *Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu". Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
