ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan 
dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan 
pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti 
pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, 
lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang 
perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah 
(semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan 
digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah 
al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan 
ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." 
(Surah al-Maidah, ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan 
membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika 
hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang 
antaranya ialah:

l Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang 
tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2 Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi 
galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada 
hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa 
yang dimilikinya.

3 Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup 
berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang 
mendatang.

4 Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti 
institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5 Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan 
segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi 
(dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, 
maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: 
"Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang 
paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau 
melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam 
kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya 
akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan 
dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.

l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam 
kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang 
seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal 
melunaskan hutangnya.

2 Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah 
gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3 Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan 
pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah 
diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4 Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung 
amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya 
dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu 
tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang 
seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan 
mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya 
kamu akan hidup bebas.."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan 
berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika 
seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang 
ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab 
dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali 
hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih 
mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa 
apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya 
mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau 
tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya 
menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup 
menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau 
ditanggung oleh pihak Baitulmal. –

Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.

############

ps:

PENGELUAR & PENGEDAR SANDWICH SEGAR DAN ENAK

"SAVVY Sandwich"

Menu Sandiwch:
1) Sandiwch Telur
2) Sandiwch Sardin
3) Sandiwch Telur+Sardin
4) Sandwich Jumbo

* Sandwic di buat segar setiap hari
* Pengeluaran minimum 200 sandwich sehari
* Sejak 2005
* Keluaran Bumiputra/Muslim
* AGEN DIKEHENDAKI
* Buleh didapati dilokasi seperti dibawah:

1) Jln Raja Laut
   =============
* Restoran Raja Laut
* Restoran Mashar
* Restoran Hameed

2) Jln TAR
   =======
* Restoran Ukhwah
* Restoran Hanifa
* Restoran Abukas
* Restoran President
* Restoran Kudu

3) Kg Baru
   =======
* Gerai Masnor
* Gerai kuih Upik
* Gerai kuih Nan
* Gerai Selera Utara
* Gerai Selera MZ
* Gerai Pak Hassan
* Gerai Selera Putih

4) Jln Pahang
   ==========
* Restoran Haslam

5) Desa Pandan
   ============
* Stesen Petronas Desa Pandan
* Gerai Milah

6) Danau Kota Setapak
   ==================
* Restoran Siti Zubaidah
* Restoran Darussalam

7) Jln Ipoh
   ======
*  Restoran Barakah
*  Restoran Nur Idaman

IMPIANASOFT ENTERPRISE (Co. Reg. No. 1399387 D)
E15-0-4, Desa Pandan,
55100, KL, WP,
Malaysia
Tel: 013-355-3513
Email: [email protected]
Website: www.21stCenturyMuslim.com/Shop/  (Sandwich)
Pemilik: Maya Saphira Bt Mohd





Kirim email ke