Thursday, December 24, 2009 Hassan: Setelah memusnahkan sekatan Bar-Lev, Mesir sekarang melindungi Israel dengan tembok besi. Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=22241 Ahad, Disember 20, 2009
MP Hamdy Hassan, jurucakap blok ahli parlimen Ikhwan Muslimun, mengemukakan kenyataan desakan kepada Perdana Menteri, Ahmed Nazif, berkaitan pembinaan tembok besi antara Mesir dan Palestin. Dalam kenyataannya, Hassan mendakwa "saya sangat sedih dengan sikap tidak jelas Mesir mengenai berita pembinaan sebuah tembok besi di bawah tanah antara Mesir dan semenanjung Gaza." Mesir telah menafikan berita tersebut sambil memperkecilkan perhatian yang diberikan kepada berita yang diterbitkan oleh akhbar Israel itu. Ia mengisytiharkan akan menjelaskan kedudukan sebenar berita itu apabila tiba masa yang sesuai. Sambil itu, berita tentang pembinaan tembok yang disokong dengan gambar-gambar terus tersebar. MP itu menekankan bahawa sangatlah menyedihkan, Mesir yang telah memusnahkan benteng Bar-Lev (semasa Perang 1973) adalah Mesir yang sama juga sekarang ini yang sedang membangunkan tembok besi itu. Regim ini... Baca Lagi di http://fikrah-dakwah.blogspot.com/
