Syabas dan Tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan kerana berjaya mengagihkan bantuan dalam satu majlis yang ringkas tapi bermakna tanpa perlu dipolitikkan. Macam ni bolehlah Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen tumpu tugas masing-masing di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Dari Blog Pangsapuri Perdana Paroi Bantuan Kebajikan Masyarakat oleh JKM 23 Disember 2009, Seremban - Satu majlis penyampaian bantuan kepada yang yang memerlukan telah di adakan di perkarangan Blok D Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi pada hari ini. Lebih 300 orang penerima di dalam kawasan DUN Paroi telah hadir untuk menerima bantuan pada pagi ini. Majlis yang bermula seawal jam 9.30 pagi ini telah membabitkan pengagihan bantuan sebanyak lebih kurang RM 96,000. Berita bergambar sepenuhnya di http://pangsapuriperdana.blogspot.com/2009/12/bantuan-kebajikan-masyarakat-oleh-jkm.html
