Dari blog:Hembusan Amal4u <http://hembusan-amal.blogspot.com/>

Di antara tanda tanda sebuah jemaah itu bukan jemaah Islamiah ialah
antaranya:

   - ahli ahlinya lintang pukang dan tidak menitik beratkan soal ibadah.
   - akhlak ahli tidak di persoalkan, tutur kata nya tidak bersopan
   dan biasanya menyakitkan hati orang yang mendengar.
   - pemimpinnya takut menegur ahli ahli kerana takut ahli lari dari jemaah.
   - dan ahli ahli pula sentiasa menganggap pemimpin maksum dan tidak boleh
   di tegur apabila buat silap.
   - terlalu kurang memperkatakan tentang dosa dosa dan akhirat
   - tidak ada tarbiah dan program kepada ahli ahli , kecuali ceramah umum.
   - ahli ahli tidak dapat bergantung dengan jemaah dalam segala aspek
   kerana jemaah sendiri tidak ada sistem untuk menampung keperluan
   ahli.Saperti sistem ekonomi untuk menjana pendapatan untuk jemaah dan ahli.
   - Sebaliknya jemaah banyak bergantung kepada ahli dengan mengutip derma
   dan sumbangan atas nama tabung jihad.Sedangkan jemaah sendiri tidak berjihad
   ke arah untuk menjana ekonomi sendiri.
   - menganggap jemaah lain tidak betul, lebih suka memperkatakan kelemahan
   dan keburukan orang lain daripada kelemahan sendiri apatah lagi untuk
   memuhasabah jemaah sendiri.
   - selalu ada krisis lebih lebih dengan orang lain


Salaam & Regards

*Amri el Wahab*

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Kirim email ke