PAS Kawasan Rembau telah mengenalpasti lebih kurang 70 ke 80 orang pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan seperti anak yatim, pelajar miskin dan ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung dan mempunyai tanggungan yang ramai.
Sehubungan dengan itu Muslimat PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan jualan ROTI BAKAR PANAS dengan kupon bernilai CUMA RM2 pada malam tahun baru sempena PROGRAM D’ AMBANG TAHUN BARU 2010 & 1431H yang bakal diadakan di Dataran Senawang pada hari Khamis 31 Disember 2009 bermula jam 8 malam. Orang ramai yang ingin membeli kupon sambil beramal dialu-alukan hadir ke program malam tersebut atau menghubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Pn Fauziah 013-7779328 untuk mendapatkan kupon berkenaan. Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/12/lagi-program-amal-pas-rembau.html
