Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada 
Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang saya bertemu 
dengannya, iaitu seekor kala, lalu menyengat pada saya tadi malam." 

Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau mengucapkan ketika engkau berada di 
waktu petang, iaitu: "A'udzu bikalimatilahit tammati min syarri ma khalaq (Saya 
mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari apa saja 
yang diciptakan olehNya), nescayalah binatang itu tidak akan membahayakan 
padamu." 

(Riwayat Muslim) 

Kirim email ke