KUALA LUMPUR 2hb Jan 2010 : *Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model
negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun
lain.* Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini mengenai
lawatan dua hari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ke Arab Saudi,
menjelaskan bahawa kerajaan Saudi menyatakan puas hati terhadap hubungan
bilateral yang wujud sekarang antara kedua-dua negara dan komited untuk
memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang lain.  Semalam, Anifah
mengunjungi Menteri Kewangan Arab Saudi Ibrahim Abdul-Aziz al-Assaf, Menteri
Luar Putera Saud al-Faisal Abdulaziz, dan Timbalan Perdana Menteri Kedua
Putera Nayef Abdulaziz al-Saud.  Pada pertemuan dengan Putera Saud, isu
Palestin dan perkembangan politik dan keselamatan di rantau berkenaan
baru-baru ini yang memberi kesan kepada Arab Saudi dan negara-negara Islam
menjadi topik utama dibincangkan.


*Bumi Lahirnya Islam Pun, Tidak Mengenal Hakikat Sebenar Sebuah Negara Islam
*
Pelik tetapi benar apabila kita melihat bagaimana para pemimpin sekular Arab
Saudi memuji dan melabelkan  Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam
yang progresif. Apakah cukup dengan melihat pembangunan yang bersifat
material maka Malaysia dianggap sebagai model negara Islam progresif yang
wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain termasuk Arab Saudi? Hebat
sungguh Malaysia! Apakah benar Malaysia sebuah negara yang cukup hebat
sehinggakan negara kelahiran Islam seperti Arab Saudi wajar mencontohi
Malaysia sebagai sebuah �negara Islam progresif�?

Di manakah letaknya kehebatan Malaysia itu? Persoalan yang kita boleh
lontarkan ialah, apakah standard yang digunakan untuk mengukur Malaysia
sebagai sebuah negara Islam progresif? Apakah ia berasaskan syara� ataupun
aqal dan hawa nafsu semata-mata?  Jika hanya dengan melihat realiti dan
fakta yang ada saat ini, gelaran yang diberikan kepada Malaysia itu bolehlah
diibaratkan seperti orang buta yang mendeskripsi bentuk seekor gajah dengan
hanya meraba bahagian ekornya. Jika kemajuan material-lah yang dijadikan
sandaran bagi sifat progresif �negara Islam� Malaysia, mungkin pihak Arab
Saudi harus juga mengambil kira kilang arak Carlsberg dan Guinness Stout,
Pusat Judi Genting Highlands, rumah-rumah pelacuran yang bersepah di Bukit
Bintang, bank-bank riba yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan 1001
macam perkara maksiat yang bersepah di sana sini.

Hakikatnya amat malang sekali bagi umat Islam hari ini apabila mereka yang
berada di negara tempat lahirnya Islam itu sendiri sudah tidak mengenali dan
tidak peduli langsung dengan sistem pemerintahan dan negara yang pernah
didirikan oleh Rasulullah SAW. Kebodohan ini tidak lain adalah hasil dari
acuan peninggalan sekular. Amat buruk buruk sekali cara berfikir golongan
ini.


Sumber:HT


Salaam & Regards

*Amri el Wahab*
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.
Sent from Kuala Lumpur, Malaysia

Kirim email ke