Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan di jalanan dan 
beliau amat kehausan, tiba-tiba beliau terjumpa sebuah telaga. Beliau segera 
turun ke dalam telaga tersebut untuk meminum airnya. Kemudian apabila beliau 
keluar dari telaga tersebut, beliau melihat seekor anjing mengeluarkan lidahnya 
menjilat-jilat debu kerana kehausan. Lelaki tersebut berkata di dalam hatinya: 
Anjing ini mesti kehausan seperti aku. Oleh itu, beliau turun semula ke dalam 
telaga dan memasukkan air ke dalam kasutnya yang diperbuat dari kulit iaitu 
khuf dan menggunakan mulutnya untuk menggigit kasut tersebut supaya dapat 
membawa naik kasut yang berisikan air itu untuk diberikan kepada anjing 
tersebut. Melihat hal itu, Allah berterima kasih kepadanya, dan mengampuninya. 
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perbuatan kita terhadap 
binatang seperti anjing tersebut boleh mendapatkan pahala? Rasulullah s.a.w 
menjawab: Setiap yang mempunyai roh (bernyawa) ada pahalanya.

(Riwayat Muslim)

Kirim email ke