Cerita di Negeri Sembilan lagi !

Tahap keselamatan rakyat saban hari semakin membimbangkan. Banyakkanlah berdoa 
mohon keselamatan dan bertawakkal, dah tak ada cara lain lagi dah untuk 
mengurangkan kes jenayah di Malaysia ni, hanya kita mampu berserah pada ALLAH.

Agaknya NGO-NGO mana pula yang sanggup menyediakan sukarelawan mengawal 
kanak-kanak pergi balik sekolah, pergi balik mengaji, pergi balik kedai dan 
sebagainya ?

******************************* 
Budak terjun kereta elak kena culik

Berita Harian 13 Jan 2010. BAHAU: Tindakan nekad dan pantas seorang kanak-kanak 
lelaki berusia sembilan tahun melompat dari kereta lelaki tidak dikenali di 
Kampung Serting Hulu, Batu Kikir di sini, petang kelmarin, berjaya mengelakkan 
dirinya menjadi mangsa culik. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dikatakan sedang berjalan 
kaki bersama kakaknya berusia 12 tahun untuk pulang ke rumah mereka dari kedai 
di kawasan itu. 

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, sebuah kereta Proton Saga berhenti berhampiran 
mereka dan seorang lelaki meluru keluar dari kereta itu lalu menolak kakak 
mangsa ke tepi dan mengheret kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam kereta 
berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad, berkata 
kanak-kanak itu ditolak masuk ke tempat duduk penumpang di depan dan lelaki itu 
menutup pintu sebelum berlari untuk masuk semula ke tempat duduk pemandu. 

"Bagaimanapun, mangsa yang masih terkejut dengan kejadian itu segera membuka 
pintu dan melompat keluar dari kereta lalu berlari menuju ke kawasan rumahnya 
sambil menjerit meminta tolong. 

"Lelaki itu yang melihat mangsa menyelamatkan diri akhirnya terus memandu 
keretanya melarikan diri dari kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini, 
semalam. 

Mohd Sabri berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu 
selepas keluarga mangsa membuat laporan polis. 

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai 
kejadian itu supaya menghubungi polis di talian 06-4541222 atau mana-mana balai 
polis berhampiran.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20100113010746/Article/index_html
 



      

Kirim email ke