Pada 14 Januari 2010 telah diadakan Ceramah dan Majlis Pelancaran Buku Umno 
Khianati Agama dan Bangsa di Kg Pulau, Chengkau, Rembau.

Sambutan penduduk setempat yang hadir diluar jangkaan dan dimeriahkan lagi 
dengan para peniaga.

Mereka yang berceramah pada malam tersebut ialah Ustaz Idris Ahmad Ketua 
Penerangan PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, YB Hj 
Mohamad Taufek YDP PAS Rembau dan Chegubard Ketua PKR Rembau.

Hujjah yang dibentangkan oleh Ustaz Idris Ahmad mengenai kesusahan rakyat pada 
tahun 2010 ini dengan kenaikan pelbagai harga barangan, kenaikan yuran sekolah, 
kenaikan harga minyak pada bulan Mei nanti telah menyedarkan orang ramai akan 
isu sebenar yang menjadi masalah rakyat yang cuba dialihkan oleh Umno.

Ustaz Idris juga menerangkan akan begitu banyak pengurangan peruntukan tahun 
2010 ini untuk IKM, Politeknik, MARA dan lain-lain institusi yang sepatutnya 
menolong orang Melayu dan rakyat.

Pendengar yang hadir , kaku hingga ke akhir ceramah mendengar hujah para 
penceramah pada malam tersebut.

Untuk melihat gambar ceramah tersebut sila ke pautan berikut 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/01/orang-rembau-terpegun-dengar-ceramah.html
 



      

Kirim email ke