Pada tahun 2008 Malaysia ada 400,227 pesakit mental.
Pada tahun 2003 Malaysia ada 190,255 pesakit Schizophrenia
Pada tahun 2006 N.Sembilan mempunyai pesakit mental paling ramai di Malaysia 
iaitu 21.1 peratus dari penduduk di negeri ini.

Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan pesakit mental telah dikategorikan sebagai OKU 
(Orang Kurang Upaya) menunjukkan betapa seriusnya pesakit mental ini perlu 
perhatian. Mungkin sekarang ada setengah juta OKU Mental di Malasyia.

Kosmo 15 Jan 2010 melaporkan Malaysia ada 300,000 orang penganggur.

Harga barang makin naik. Yuran sekolah makin naik. Kita tunggu pula masalah 
mereka yang nak masuk IKM, IPT, Politeknik selepas ini.

Nak kahwin, Mas Kahwin dah naik , Hantaran melambung naik macam pasaran saham 
RM 5000, RM 10000, RM 15000.

Nampaknya bukan sahaja Klinik 1Malaysia patut diadakan , tapi Klinik 1Mental 
perlu ditubuhkan.

Cakap banyak tak guna. Marilah kita tengok jiran tetangga, saudara mara kita 
yang susah. Tubuhlah Tabung Keluarga dikalangan sanak saudara kita, sepupu 
sepapat, rapatkan kembali silaturrahim.

Duit tabung masjid , gunakanlah sebaiknya untuk membantu mereka yang memerlukan 
bantuan makanan, pelajaran dan sebagainya. Buat majlis perkahwinan berama-ramai 
bukan setakat untuk jimat kos , dapat kurangkan pesakit mental, gejala sosial 
dan sebagainya.

Yang lelaki banyaklah solat jemaah di masjid dan surau. Bukan setakat dapat 
pahala berlipat-lipat kali ganda, dapat bincang dan selesai masalah setempat 
insyaAllah.

Apo kan dayo. Orang politik dok sibuk berpolitik yo. Siapa patut jadi calon ? 
Siapa patut jadi Ketua Bahagian ? Siapa patut jadi JKKK ? Tambah ahli, tambah 
bini.

***************
Utusan Malaysia 15 Jan 2010
Ramai gagal urus tekanan hidup

Kemunculan kes mental yang banyak pada hari ini menggambarkan keadaan kritikal 
dalam masyarakat yang perlu dibendung segera.

Banyak lagi kempen gaya hidup sihat, bengkel atau ceramah tentang kemahiran 
penyelesaian masalah dan emosi positif, program kesihatan mental perlu 
dilaksanakan secara berterusan dan dinilai keberkesanannya demi menjadikan 
keluarga dan ahli masyarakat sihat bukan sahaja dari segi fizikal malah 
mempunyai fikiran, emosi dan rohani yang berkualiti tinggi dan sahsiah diri 
yang dihormati.

ABDUL RAZAK ABD. MANAF, PhD
Program Pengurusan Kerja Sosial,
Universiti Utara Malaysia,
Sintok, Kedah

Artikel penuh di 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

***************
Berita Harian 15 Jan 2010
Pesakit mental dikategori OKU

MERUJUK laporan dalam Berita Harian pada 3 Januari lalu yang membawa berita 
petikan Bernama melaporkan saya atas kapasiti sebagai Pengerusi Institut 
Keselamatan Pekerja dan Kesihatan Kebangsaan (Niosh) mencadangkan kepada 
kerajaan untuk memasukkan pesakit mental di bawah kategori orang kurang upaya 
(OKU).

Perhatian saya dialihkan kepada fakta bahawa kerajaan pada Julai 2009 
meluluskan tujuh kategori OKU dengan mengambil kira individu yang mengalami 
sakit mental.

Di sini saya ingin membuat penjelasan bahawa saya tidak sedar mengenai 
kemasukan kategori itu ketika membuat komen di media oleh kerana sejak beberapa 
tahun lalu, saya mencadangkan supaya pesakit mental di negara ini di letakkan 
dalam kategori OKU.

Saya menyambut baik dan menyokong langkah kerajaan untuk memasukkan pesakit 
mental dalam kategori OKU.

Saya turut yakin ia akan dikongsi bersama oleh semua pihak yang terbabit 
membantu golongan pesakit mental.

TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur. 
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100114230334/Article/index_html

***************
190,255 rakyat Malaysia hidap Schizophrenia setakat 1 Julai 2003.
Sumber http://www.cureresearch.com/s/schizophrenia/stats-country.htm

***************
Utusan 22 Jun 2009 – Pertambahan pesakit mental yang berterusan boleh 
mengakibatkan negara mengalami kerugian sehingga mencecah RM1 bilion kerana 
produktiviti negara terjejas akibat masalah tersebut.

Beliau mengulas kesan daripada jumlah pesakit mental di negara ini yang terus 
meningkat sebanyak 400,227 kes pada tahun lalu (2008) berbanding 364,196 kes 
pada tahun sebelumnya (2007).
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0623&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm&arc=hive

***************
Kosmo 27 Nov 2008
Negeri Sembilan paling ramai sakit mental

Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti 
paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk 
Ismail Taib berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian Kesihatan dan 
Mobiditi Kebangsaan 2006 lalu yang mendapati seramai 15.33 peratus penduduk 
negeri ini yang berusia 18 tahun ke atas dikesan menghidap diabetes, diikuti 
masalah kesihatan mental (21.1 peratus) dan obesiti (18.6 peratus).

Beliau yang juga ADUN BN Linggi memberitahu, masalah kesihatan mental 
kanak-kanak dan remaja seramai 31.2 peratus dan berada pada kedudukan kedua 
seluruh negara.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

***************
Kosmo 15 Jan 2010
Nasib 300,000 penganggur dibela

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengumumkan langkah drastik 
mewujudkan segera pusat komuniti pekerjaan untuk membantu 300,000 penganggur di 
negara ini mendapatkan pekerjaan.

Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, tumpuan utama pihaknya tahun ini 
adalah menyediakan perkhidmatan sokongan kepada golongan pencari kerja bagi 
memastikan penempatan pekerjaan bertepatan dengan kelayakan dan minat mereka.

"Kita berharap dalam tempoh empat atau lima bulan ini dapat mewujudkan 11 pusat 
komuniti pekerjaan ini di beberapa tempat seperti pusat beli-belah dan stesen 
bas.

"Di samping itu kita juga akan gunakan bangunan-bangunan Perkeso untuk 
mewujudkan pusat tersebut dengan menempatkan pegawai yang berpengalaman untuk 
memberi bimbingan dan kaunseling kepada pencari kerja ini,'' katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm




Kirim email ke