Salam,
 
Sebagai ibubapa, kita menghadapi cabaran yang besar didalam usaha  mendidik dan 
membesarkan anak-anak kita pada zaman ini.  Kita terpaksa bersaing terus dengan 
media terkini yang boleh mengugat dan mencabar kewibawaan kita di mata 
anak-anak kita.  Sentiasa berlaku percanggahan informasi dari ibubapa dan media 
terkini.  Tidak sepertimana ibubapa kita dahulu, yang mana kita hanya mendapat 
infomasi daripada mereka sahaja dan kita percaya semuanya sehingga ianya 
menjadi sebahagian daripada karakter kita. 
 
Tambahan pula, pada masa sekarang, anak-anak tidak lagi menganggap ibubapa 
mereka sebagai ‘Role Model’. Amatlah berbeza berbanding dengan masa dahulu, 
apabila ditanya siapakah yang kita anggap sebagai ‘HERO’ kita, kebanyakan dari 
kita akan kata bapa saya atau ibu saya. 
 
Maka, sebagai ibubapa, kita perlu melengkapkan diri kita dengan teknik 
keibubapaan agar kita sentiasa berada di hadapan didalam soal mendidik 
anak-anak kita.
Oleh itu, kami disini ingin berkongsi ilmu dan juga ingin menyampaikan maklumat
mengenai Kaedah Khalifah Sebagai Panduan Ibubapa (Khalifah Method of
Parenting). 
 
Dengan kaedah ini, ibubapa akan belajar teknik keibubapaan iaitu Pengenalan 
kepada Kaedah Khalifah (Introduction to Khalifah Method of Parenting), Hukum 
Pembelajaran (Laws of Learning – learn how characters are formed), Ganjaran dan 
Hukuman (Rewards and Punishment – learn how rewards are used for positive 
reinforcement), yang mana kita boleh gunakan dalam kehidupan harian kita semasa 
mengendalikan anak-anak kita.   
 
Ibu bapa juga akan didedahkan kepada teknik bagaimana hendak menanam semangat  
yang positif kepada anak, mewujudkan keinginan pembelajaran yang tinggi dan 
juga keperluan kepada keseimbangan diantara IQ, EQ dan SQ.


BAGAIMANA CARA MELAKUKANNYA?
 
The Little Khalifah Shop akan mengadakan satu seminar pengenalan
untuk para ibubapa bertempat di alamat di bawah.  Seminar tersebut adalah
seperti berikut:-

Tarikh :            Ahad,  24hb Januari 2010
Masa :             9.00am hingga 12.30pm

Tempat :           The Little Khalifah Shop  
Tajuk :              Kaedah Khalifah  :  Membentuk Keperibadian Cemerlang
Penceramah :    Syed Omar Bin Syed Aznal
Yuran :             RM30 seorang
                        RM 50 pasangan ibu dan bapa


Aturcara
9.00 – 9.15 pagi          :    Pendaftaran

9.15 pagi-10.15 pagi   :    Ceramah 1 :  Pengenalan kepada Kaedah Khalifah
10.15 – 10.30 pagi      :    Rehat
 10.30 – 11.30 pagi      :   Ceramah 2 :  Hukum Pembelajaran (Laws Of Learning)
 11.30pagi – 12.30tgh :    Ceramah 3  : Ganjaran dan Hukuman 
(Rewards and Punishments)
 
12.30 tgh – 1.00 ptg    :    Sesi Soal Jawab & Bersurai
 
Semua dijemput mendaftarkan diri dengan menghubungi 03-41472626.  Tempat adalah 
terhad.

The Little Khalifah Shop
No 2750A, Jalan Changkat Permata
Taman Permata
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-41472626
 
www.khalifahshop.blogspot.com
 
 


      
__________________________________________________________________________________________
Surf faster. Internet Explorer 8 optmized for Yahoo! auto launches 2 of your 
favorite pages everytime you open your browser. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke