Hari ini saya balik kampung kejap. Jumpa emak, ayah, kemas Teratak Amal, ambil 
serai dan pucuk gajus dan macam-macam. Anak-anak buat beberapa ujian pelancar 
roket air yang baru siap.

Pergi beli roti canai kedai depan Klinik Desa Bongek. Baru perasaan ada 
Internet Cafe baru buka. Tanya pekerja di sana baru buka bulan Disember 2009.

Tempat memang cantik. Tepi jalan utama Rembau-Tampin, depan Klinik Desa Bongek, 
jalan kaki 2 minit je dari rumah emak dan ayah. Sebelah ada kedai makan, 
belakang pemandangan Gunung Datuk, Rembau yang indah.

Ada 25 terminal komputer internet di sini. Memang amat sesuai dibuat kursus 
hujung minggu untuk mana-mana individu dan persatuan yang berminat. Saya pun 
tak kenal siapa pemilik kedai komputer ni. Pekerjanya memberi saya maklumat 
yang diperlukan.

Saya dapati Internet Cafe memang banyak terdapat di merata negara. Apa yang 
kurang ialah panduan, bimbingan dan kursus untuk orang awam bagaimana untuk 
memanafaatkan internet untuk memudahkan kehidupan harian, bukannya buang masa 
berchatting, memfitnah dan sebagainya.

Banyak ilmu yang boleh didapati dari internet. Macamana nak buat roket air, 
macamana nak buat kapal selam mainan. Saya beritahu anak-anak saya botol air 
pun kita boleh buat kereta mainan berkuasa kimia, iaitu menggunakan sodium 
bikabornat dan cuka. Anak-anak teruja nak cuba.

Untuk melihat gambar dalam dan luar Internet Cafe di Bongek , Rembau , sila ke 
pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/01/bongek-rembau-pun-dah-ada-internet-cafe.html 

KAMEL INTERNET CAFE & SERVICES
Kg Bongek , Rembau 
(tepi jalan utama Rembau-Tampin , hadapan Klinik Desa Kg Bongek)

Menyediakan  Perkhidmatan :
- Internet
- Fax
- Scan
- Printing

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi Kamel 012-2409831




      

Kirim email ke