*
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah, "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w.
menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan
berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari
*
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang
lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang
paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w
bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w
bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:
Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.
*
Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama
Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada
kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan
Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu.
*
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah,
sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai
hartaku." Rasulullah bersabda, "Kamu dan hartamu milik ayahmu." -
(Riwayat Ibnu Majah).
*
Daripada Ibnu Umar, katanya: "Seorang lelaki datang mengadu mengenai
bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya bapaku mengambil hartaku."
Rasulullah menjawab: "Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah
ayahmu." - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).
*
Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Siapa yang
menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha kepadanya
dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan
Allah marah kepadanya." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).
*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 1/17/2010 11:52:00 AM

Kirim email ke