Macamana murah sangat pampasan tanah yang diberi kerajaan untuk projek landasan 
kereta api berkembar Seremban Gemas ? Di N.Sembilan pampasannya ialah minima RM 
1.20 sekaki persegi, tapi di Melaka ialah minima RM 7.00 sekaki persegi.

Ini bermakna orang Negeri Sembilan dapat pampasan ciput, iaitu RM 52,272.00 
untuk tiap satu ekar, tapi di Melaka RM 304,920.00 untuk tiap ekar.

Adakah kerana di N.Sembilan nilaiannya terlalu rendah atas faktor Tanah Adat 
Perpatih ? Atau adakah kerana tanah di N.Sembilan ini berkasta rendah ?

Apa beza orang di N.Sembilan dan orang Melaka ? Dua-dua Melayu, dua-dua darah 
warna merah.

Orang Negeri Sembilan, lu fikirlah sendiri , kenapa tanah kita ni terlalu mudah 
untuk diambil kerajaan dengan harga yang teramat murah berbanding dengan Melaka.

************************
Sinar Harian 17 Jan 2010

60 penduduk bantah nilai pampasan tanah

PULAU SEBANG - Kira-kira 60 penduduk di Kampung Kuala Ina di sini, membantah 
nilai pampasan yang ditawarkan kerajaan Negeri bagi pembinaan projek landasan 
kereta api elektrik berkembar dari Seremban ke Gemas, semalam.

Mereka mendakwa nilai ditawarkan bagi setiap kaki persegi tanah yang diambil 
terlalu rendah dan tidak setimpal dengan projek pembangunan bertaraf komersial 
itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bagi pemilik-pemilik tanah membabitkan 
keluasan kira-kira enam hektar, Abu Samah Abu Kaseh berkata, nilai tanah yang 
ditawarkan kepada mereka oleh kerajaan Negeri adalah antara RM7 hingga RM12 
sekaki persegi.

Menurutnya, nilai itu terlalu rendah berbanding yang ditalsirkan beberapa 
penilai swasta dilantik penduduk sendiri, iaitu sekitar RM20 hingga RM30 setiap 
kaki persegi.

“Berikutan itu, kami telah menghantar memorandum kepada Ketua Menteri, Datuk 
Seri Mohd Ali Rustam menerusi setiausaha sulitnya pada 25 November lalu dan 
kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Gadek, Datuk Abdul Ghaafar Atan sehari 
berselang.

“Tetapi malangnya, sehingga kini kami tidak menerima sebarang maklum balas 
mahupun cadangan bagi membincangkan hal ini,” katanya pada sidang media di 
rumah seorang penduduk di sini, semalam.

Abu Samah berkata, pihaknya tiada pilihan lain setelah jalan perundingan yang 
diatur tidak dilayan pihak terbabit dan terpaksa memanggil media bagi 
menyuarakan rasa tidak puas hati penduduk.

“Jawatankuasa Bertindak yang kami bentuk ini pada 1 Ogos tahun lalu, adalah 
cadangan wakil rakyat sendiri yang berasakan ia perlu diwujudkan bagi melakukan 
sebarang rundingan sekiranya terdapat perkara yang tidak memuaskan hati.

“Kami kesal dengan situasi yang berlaku sedangkan dalam sebarang urusan rasmi 
kerajaan, jawapan harus diberikan dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan memorandum itu, penduduk mahukan tanah yang 
terlibat dinilai dari RM25 hingga RM40 sekaki persegi.

“Ia berdasarkan konsep pengambilan tanah itu bagi tujuan pembangunan Pekan 
Pulau Sebang dan berdasarkan perjanjian yang sudah dipersetujui, iaitu situasi 
menang dan menang.

“Ia amat berbeza daripada konsep pengambilan tanah untuk pembinaan sekolah 
ataupun jalan raya yang taksiran nilai tanahnya lebih rendah,” katanya.

Menurut Abu Samah, paling tidak memuaskan hati penduduk apabila laporan 
penilaian yang dibuat menerusi Pejabat Daerah Alor Gajah tidak terperinci dan 
dibuat secara harga borong.

“Ia berbeza dengan laporan perunding swasta yang kami lantik, yang lebih 
lengkap dan terperinci serta mudah difahami. Kami menyokong impian kerajaan 
Negeri untuk menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri maju tetapi 
setidak-tidaknya pampasan yang diberikan kepada kami biarlah setimpal dan 
munasabah.

“Bayangkan, semua tanah dan rumah di sini adalah tinggalan pusaka yang sudah 
dihuni sejak turun-temurun. Kerajaan sepatutnya memandang serius perkara ini 
dengan memikirkan pampasan yang sepatutnya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6379586.asp

************************
Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta 
sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi 
Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah 
kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian 
semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.

Cerita sepenuhnya nasib tanah orang Melayu Negeri Sembilan di pautan berikut 
http://pasns.blogspot.com/2009/09/pengambilan-tanah-orang-melayu-di.html




Kirim email ke