Nama lama untuk Port Dickson ialah Tanjong. Nama lain untuk Port Dickson juga 
ialah Arang dimana dulu terdapat lombong arang di Batu 1 , Jalan Pantai , Port 
Dickson.

Dipercayai pihak Inggeris telah memindahkan pelabuhan dari Pengkalan Kempas ke 
Tanjong dan memberi nama Port Dickson sempena nama Pegawai Inggeris yang 
bertanggungjawab ketika itu Sir John Frederick Dickson pada tahun 1889.

Kenapalah masih nak kekalkan lagi nama penjajah Inggeris di Negeri Sembilan ini 
?

Mana pergi pejuang bahasa dan bangsa orang Melayu ?

Pengkalan Kempas amat penting dalam sejarah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana 
di sini terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka iaitu Sheikh Ahmad 
Majnun yang dipercayai wali Allah.

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas mengandungi perkuburan misteri yang 
mengunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya 
kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 Masehi. Sebahagian batu megalith ini 
ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra. Batu ini terdapat  
Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ) , Batu  Inskripsi Raja 
Aditiya Warma, 137 Masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan 
huruf Arab. 

Kalimah ALLAH rupanya telah ada di Tanah Melayu pada abad ke 2 Masihi lagi 
sebelum junjungan kita Nabi Muhammad saw lahir dan sebelum Islam datang ke 
Tanah Melayu

Nampaknya isu buaya di Port Dickson telah membuka mata rakyat Malaysia 
khususnya orang Melayu untuk mengkaji sejarah. 

Pada setiap satu kejadian itu , ada hikmahnya.

Terima kasih buaya-buaya di Sungai Linggi.

Harap-harap bertambahlah pelancong dari seluruh negara dan seluruh dunia untuk 
berkunjung ke PD dan Pengkalan Kempas.

Sumber :
http://pasns.blogspot.com/2009/10/tukar-nama-pd-ke-pengkalan-damai.html 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkalan_Kempas 
http://wikitravel.org/en/Port_Dickson 



      

Kirim email ke