Assalamualaikum,

Sahabat Yahoogroup,

Apa khabar? Saya mengharapkan semua sihat walafiat menempuh hari-hari
penuh cabaran tahun 2010.

Alhamdulillah, semalam saya mendapat satu berita gembira. Salah satu
buku terbitan syarikat saya, PTS Millennia Sdn. Bhd. memenangi Hadiah
Sastera Perdana Malaysia. Tahniah diucapkan kepada saudara Ilham
Hamdani, pengarang buku Mekar Sakura Di Mimbar Cinta kerana memenangi
hadiah kategori utama yang melayakkan beliau membawa pulang RM10,000.
Tahniah sekali lagi.

Apakah Buku Yang Laris Dalam Pasaran?

Soalan ini sering ditanya kepada saya di pejabat, ruang makan,
forum-forum, bengkel-bengkel penulisan dan mana sahaja. Ramai yang ingin
tahu buku apa yang laris dan patut ditulis oleh mereka.

Apabila menyebut buku yang laris. Semua buku boleh jadi laris. Tidak
kira buku itu buku ilmiah berat, buku dalam bidang motivasi,
kekeluargaan, perhubungan, bisnes, wanita, novel kanak-kanak, novel
remaja dan sebagainya.

Namun ada beberapa faktor yang membezakan di antara buku yang laris
dengan tidak. Faktor-faktornya adalah:

a) Pakej

Sesebuah buku perlu dipakej dengan betul. Pakej daripada sudut judul,
persembahan bahasa, persembahan kulit, pakej rempah ratus dalam buku dan
harganya.

b) Musim

Buku yang diterbitkan perlu mengikut musimnya. Musim ini boleh dilihat
dengan melawat kedai buku. Selalunya kedai-kedai buku melancarkan
program promosi berdasarkan musim tertentu. Sebagai contoh pada bulan
Oktober, November dan Disember, kedai buku melancarkan program Back To
School (Kembali ke Sekolah), bulan Februari sebagai bulan berkasih
sayang dan sebagainya. Ini menyebabkan buku yang kita terbitkan itu
boleh dimasukkan ke dalam perkiraan program promosi mereka.

c) Promosi dan Pemasaran

Program promosi dan pemasaran yang dilakukan juga amat mempengaruhi
jualan buku. Buku perlu diketahui kewujudannya. Buku yang baik tetapi
tidak diketahui kewujudannya akan menyebabkan ia kurang mendapat
sambutan berbanding buku tidak berkualiti tetapi promosinya baik. Di
sini adalah tugas bersama penulis dan penerbit. Penerbit yang baik akan
menyediakan program pemasaran bersepadu. Penulis pula perlu bersedia
untuk memenuhi semua program yang dirancang oleh penerbit.

Tulis Apa Sahaja

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat adalah tulis apa sahaja. Namun sebelum
menulis perlu merancang terlebih dahulu penulisan. Penulisan mempunyai 3
fasa iaitu Pra Penulisan, Penulisan dan Pasca Penulisan.

Pra Penulisan adalah proses kita merancang penulisan. Bidang apa yang
ingin dipilih sebagai bidang penulisan, apa pakejnya, hala tujunya dan
apa yang kita ingin pembaca buat selepas membacanya.

Penulisan adalah fasa di mana kita menuliskan buku kita. Gaya
persembahannya, jalan ceritanya dan ke mana kita hendak membawa pembaca
kita.

Pasca Penulisan adalah fasa terakhir dan paling penting. Fasa ini saya
sebut juga sebagai fasa pemurnian. Kita memurnikan isi, ayat, tatabahasa
dan yang paling penting isu-isu hak cipta. Kita tidak mahu karya yang
kita tulis itu mengandungi kesalahan daripada sudut hak cipta. Karya
yang sebegini dikira sebagai karya plagiat dan boleh didakwa di
mahkamah.

Saya Hendak Belajar Tetapi Tidak Tahu Di Mana

Bagi yang ingin tahu bagaimana hendak menulis, mempakejkan buku, mencari
idea, teknik menulis untuk orang sibuk, menulis buku yang tidak ada
masalah hak cipta dan bagaimana mempromosikan buku kepada awam. Saya
menjemput semua ke BENGKEL PENULIS SUPER: Langkah Seribu Menjadi Penulis
Buku Umum Bestseller.

Di bengkel ini kami akan dedahkan segala rahsia dan formula penulisan
yang sudah terbukti berkesan serta berjaya. Ia adalah berdasarkan
pengalaman saya menjadi penerbit buku selama 9 tahun ini. Ramai yang
menjadi pesertanya sudah berjaya menghasilkan karya mereka. Antara yang
terbaru adalah Tuan Md. Ali Berahim, seorang banker tetapi sudah
menghasilkan karyanya. Ada beberapa lagi sudah mengirimkan manuskrip
penuh kepada PTS dan menunggu giliran penerbitannya.

Jangan lepaskan peluang. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 20 Januari
2010, TINGGAL 2 HARI SAHAJA LAGI. Perlu bertindak sekarang sebelum
terlewat. Daftarkan diri sekarang di http://www.penulissuper.com
<http://www.penulissuper.com/>   ataupun hubungi saudara Abdul Qahhar di
talian 0136288614 ataupun pejabat 0341492560 ataupun email ke
[email protected]. Kami menunggu panggilan daripada Anda.

Bertindak sekarang, kami yakin Anda adalah orang yang tidak lepaskan
peluang.

Sehingga bertemu lagi.

FAUZUL NA'IM ISHAK
Jurulatih Utama
Akademi Penulis Sdn. Bhd.

Merangkap

Pengurus Besar Penerbitan
Kumpulan PTS

Kirim email ke