Untung betul orang kat DUN Paroi, N.Sembilan ni. Walaupun wakil rakyatnya dari PAS iaitu YB Hj Mohamad Taufek namun orang Paroi ada 4 Pusat Khidmat.
1 Pusat Khidmat di Taman Tasik Jaya yang diuruskan oleh YB Taufek. 1 Pusat Khidmat di Jalan Tampin, 1 lagi di Taman Seri Pagi dan 1 lagi yang akan dibuka di Kg Paroi yang diuruskan oleh UMNO. Orang di DUN Kota, dan lain-lain DUN seluruh N.Sembilan dan seluruh Malaysia dapat tak keistimewaan macam ni ? Terutama di DUN Rantau , dapek tak 4 Pusat Khidmat ? Sedangkan di DUN Kota kawasannya lagi luas dari Paroi, dari sempadan Melaka di Kendong dan Lubuk China sampailah nak ke Pekan Rembau di Kg Senama. Lepas tu di DUN Kota ada 15 tempat mengundi , sedangkan di Paroi rasanya tak sampai 10 tempat mengundi. Kalau orang Kota, orang Rantau dan lain-lain DUN nak lebih banyak Pusat Khidmat di tempat mereka , pilihanraya akan datang pilihlah wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. ********************************* Pusat khidmat di DUN Paroi – Utusan Malaysia 20 Jan 2010 Kerajaan BN akan membuka satu lagi pusat khidmat dalam DUN Paroi. Pusat Khidmat Masyarakat BN ini akan dibuka pada bulan Februari ini di Dewan Masyarakat Kampung Paroi iaitu bersebelahan Masjid Kampung Paroi Lama. Dengan wujudnya satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat BN dalam DUN Paroi ini, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar kawasan Taman Ampangan, Taman Paroi Jaya, Taman Tasik Jaya, Paroi dan sekitar. Ketika ini Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi telah dibuka di Taman Seri Pagi di sini dan di pejabat UMNO Bahagian Rembau di Senawang, manakala di Kampung Paroi ini merupakan yang ketiga untuk membantu keperluan rakyat. Di pusat itu nanti kita akan sediakan pelbagai jenis borang dan maklumat agar ia juga menjadi pusat setempat yang boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat Berita sepenuhnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
