Maahad Ahmadi adalah satu–satunya sekolah di N.Sembilan yang menggunakan Bahasa 
Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Surau di Maahad Ahmadi ini telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu 
dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah 
pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Sedih sungguh tengok keadaan surau macam ni di N.Sembilan, tambahan pula diguna 
oleh para pelajar agama.

Jomlah kita bantu. Janganlah harap kerajaan tanggung semua, tambahan pula tahun 
2010 ini banyak peruntukan kerajaan yang dipotong. Dulu diarahkan budak yang 
tinggal asrama balik setiap minggu kerana tak cukup bajet untuk makan di asrama 
pada hujung minggu. Inikan pula nak membina surau baru.

Kalau setiap kita sumbang RM 10 seorang, kemudian kita sasarkan 50,000 orang 
menyumbang, boleh dapat RM 500,000.00

Ya , RM 500,000.00. Siapa nak sumbang lebih lagi bagus.

RM 10 atau RM 100 atau RM 1000 yang kita sumbangkan ini ialah untuk diri kita 
juga. Saham kita di akhirat insyaAllah. Jom umat Islam di N.Sembilan, para 
ustaz, staf Jabatan Agama dan Majlis Agama, bekas pelajar dan sesiapa jua yang 
prihatin RM 500,000 sasaran kita. Ya RM 500,000.00

Kalau semua umat Islam di Negeri Sembilan ini menyumbang RM 10 saya rasa 
sasaran RM 500,000.00 boleh tercapai, kalau lebih lagi bagus.

Sumbangan boleh disalurkan ke :
Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419

Cerita dan gambar surau usang dari kayu di 
http://maahad-ahmadi.blogspot.com/2010/01/rayuan-derma-surau-maahad-ahmadi.html

********************

Rayuan Derma Surau Maahad Ahmadi

DIMAKLUMKAN bahawa pihak Maahad Ahmadi dalam usaha untuk membina surau baru 
bagi menggantikan surau lama yang uzur dan tidak mampu menampung jumlah jamaah 
yang semakin ramai.

Untuk makluman, surau yg telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu 
dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah 
pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri yang mempunyai pengajian 
ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan STAM. Mudah-mudahan maahad ini 
mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan ilmu Islam dan 
memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.

Maahad Ahmadi atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Atas Dan 
Senawi (SAMAS) adalah satu–satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan 
Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa 
pengantar. Sekolah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini 
terletak di kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin dan 1 km dari 
pekan Gemencheh. Maahad Ahmadi yang mempunyai keluasan kira– kira 20 ekar ini 
ditubuhkan pada tahun 1975 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa orang tokoh.

1. Memenuhi tuntutan fardu kifayah, ke arah melahirkan pelajar yang 
berkemahiran dalam pengajian agama, bahasa arab dan akedamik.

2. Menyerlah identiti tersendiri dengan menekankan pengajian dan pengkajian 
agama dan bahasa arab.

3. Melahirkan bakal pemimpin dan ulamak yang berwibawa sejajar dengan wawasan 
pendidikan negara dan tuntutan Islam.

4. Menampung kekurangan para ulamak dan ahli cendikawan agama di Malaysia amnya 
dan di Negeri Sembilan khasnya.

Maahad Ahmadi ini ditubuhkan dengan bermatlamat pencapaian cemerlang seratus 
peratus pelajarnya dalam pembelajaran di bidang Agama dan Bahasa Arab. Selain 
itu, mereka turut dibekalkan dengan pelajaran dan pengetahuan akedamik sebagai 
tambahan melengkapkan diri sebagai pelajar yang sempurna dengan ilmu duniawi 
dan ukhrawi.

Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419




Kirim email ke