Muslim yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata
kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman
Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan
(derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama
seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap
tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah
Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”.


Usaha menginfak harta bukan hanya difahami dalam konteks yang biasa
dilakukan masyarakat kita, iaitu memberi sumbangan kepada golongan
fakir miskin, anak-anak yatim, pembinaan masjid serta surau dan
sebagainya. Kita boleh meluaskan ufuk pemikiran kita mengenai konsep
infak ini apabila kita menyumbangkan sedikit harta kurniaan Allah SWT
itu untuk pembangunan dan pembinaan minda, intelek, fizikal, sosial dan
emosi umat dan masyarakat.

Ini termasuklah pembinaan institusi pendidikan, kesihatan, aktiviti
penyelidikan ilmiah dan sebagainya. Melalui ayat 262, surah al-Baqarah,
Allah SWT mengingatkan bahawa hasrat untuk menginfak kurniaan Allah SWT
seperti yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya itu perlu mematuhi syarat
tertentu agar ia mencapai tahap dan piawaian keredaan Allah SWT.
Keghairahan seseorang menginfak hartanya sebenarnya tidak
menghalangnya mendermakan atau memberi sumbangan sesuatu yang terbaik
dan bukannya barangan terpakai yang tidak mahu digunakan atau disimpan
lagi.


Fenomena memberi sumbangan barangan terpakai seperti pakaian dapat
kita saksikan apabila ada kempen sumbangan untuk golongan tertentu. Ini
bertentangan dengan firman Allah SWT, “Wahai orang yang beriman,
nafkahkanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada apa yang Kami
keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang
buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak
mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan
ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. (Al-Baqarah:267).
 
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi 
membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.    


Pada
masa
ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi
mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta
pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim,
miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Yayasan
Pembangunan Nur Hikmah juga giat menjalankan program-program yang
melibatkan golongan sasaran lain yang memerlukan seperti ibu-ibu
tunggal serta golongan yang memerlukan.






     Rumah-rumah anak-anak yatim yang terlibat dibawah program Yayasan Nur 
Hikmah
ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok
Penyayang Raudah, Gombak, Selangor,
Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah
Gombak, Kuala Lumpur, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim, Flat Sri Sabah, KL
yang melibatkan lebih 300 orang anak-anak. Beberapa buah lagi rumah
jagaan juga sedang dalam
proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan
Nur Hikmah.


Berbagai cara untuk anda menyumbang


1. Jika anda ingin menyumbangkan peralatan atau bahan makanan sila hubungi kami 
ditalian 03-8733 2411 atau email kepada
 [email protected] email address is being protected from spam bots, 
you need Javascript enabled to view it
 .


2.
Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk cek atau money order sila
letakkan atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH dan masukkan kedalam
akaun MAYBANK 564306010610


3.
Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk kewangan secara ONLINE, anda
boleh menggunakan salah satu kemudahan online dibawah ini. 






















   MELALUI MAYBANK
    Anda
dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan
Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam 
akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030  , letakkan alamat email 
[email protected].     MELALUI CIMB ONLINE       Caranya ialah :      
1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Pilih Pay Bills     3. Pilih Akaun Anda (Payment From)     4. Pilih 
Payment To >> Payee List     5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah     6. 
Masukkan Nama Anda (optional)     7. Masukkan Contact No. (optional)     8. 
Masukkan Jumlah     9. Tekan Submit         
-------------------------------------------------------  YAYASAN PEMBANGUNAN 
NUR HIKMAH  No. Pendaftaran : 646393-A          No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,    
 Taman Mesra,     43000 Kajang,       Selangor Darul Ehsan.  Telefon : 
03-87332411
HOTLINE 24 JAM : 1700 800 020
Fax       : 03-87332967   Laman web : www.nurhikmah.org.my  EMAIL  : 
[email protected]      Yahoo 
Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/

SERTAI JARINGAN SUKARELAWAN DI FACEBOOK

http://www.facebook.com/pages/YPnet/170459271485#/pages/YPnet/170459271485?ref=nf

    
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     AMARAN :     Pihak
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah TIDAK PERNAH melantik mana-mana pihak
atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada
pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur
Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat
terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau
secara online ke Akaun Maybank  564306010030.     Sebarang kemusykilan atau 
pertanyaan sila email kepada [email protected] atau telefon 019-2144214 
(24 jam) .







      
_______________________________________________________________________________
Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke