Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman semoga kita semua diberi kekuatan untuk
sama-sama mengamalkannya...  PENAWAR
HATI<http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/12/penawar-hati.html>
 Ramai yang mengadu jiwa tidak tenteram, hati tidak bahagia kerana pelbagai
masalah yang menimpa. Segala keperluan dunia cukup belaka, namum hati tetap
resah gelisah. Sehingga apa yang ada di tangan seumpama tiada nilainya
walaupun pada pandangan orang lain dianggap bertuah dan bahagia.

Untuk mendapat kebahgian dan ketenangan ini ramai yang sanggup berbelanja
besar hanya untuk merasa bahagia sekejap. Ada yang terpaksa ke hujung dunia,
kutub utara dan selatan, ada yang merentasi samudera yang terbentang luas,
mendaki kemuncak gunung tertinggi bahkan meneroka hutan belantara hidup,
bersama binatang semata hendak mencari kebahagian.

Begitulah kehidupan manusia yang tidak ada matlamat akhirat. Tiada tuhan
dalam diri mereka. Pahala dan dosa bagaikan tidak pernah wujud dalam kamus
kehidupan mereka. Bagi mereka hanya material yang akan menjadi kayu pengukur
untuk segala-gala perkara. Akhirnya mereka tewas, jatuh longlai tak bermaya.
Kebahagian amatlah dekat dengan diri mereka. bahkan ianya bersemadi kukuh
dalam jiwa manusia. Oleh kerana karat dosa dan noda menjadi penghijapnya,
maka terhalang dia untuk menjumpainya.

Ibrahim Al-Khawwas pernah berkata bahawa penawar hati lima perkara:

   1. Membaca dan mentadabbur Al-Quran
   2. Mengosongkan perut (banyakkan puasa)
   3. Mendirikan solat malam
   4. Sentiasa bermunajat
   5. Mendampingi majlis-majlis orang yang soleh

Lihatlah, semua penawar hati yang resah dan gelisah ini dek berjuta masalah
bukanlah sesuatu yang memerlukan modal yang besar untuk mendapatkannya.
Ianya amat murah dan terlalu hampir dengan kita. Ayuh! Berfikirlah untuk
mendapatkan kebahgian yang sebenar. Semoga Allah S.W.T. membantu kita
sentiasa. Amin.



http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/12/penawar-hati.html

Kirim email ke