Nik Aziz terkejut pemimpin Pas gagal tunjuk ciri Islam
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap
sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri
keislaman seperti yang dilaungkan parti.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini,
beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka
dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri
borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa
kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali
dalam sebulan.


"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas),
keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang
berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

"Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang
jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha
jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan majlis
penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan
2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, hari ini.
Hadir sama Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu
Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Dalam majlis itu seramai 758 penghulu dilantik
bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.

Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan
Islam, mereka seharusnya menunjukkan tauladan kepada masyarakat dengan
memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat.
"Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan
tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak
terbabit selain parti," katanya.




Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Kirim email ke