Tak lama lagi keputusan SPM, STAM, STPM. Poninglah kepalo ibu bapa mikirkan 
mano nak cokau duit buek belanjo anak masuk U, Politeknik ko, U ko. Minyak lak 
nak naik lagi bulan Mei nanti.

Poning anak-anak masuk skolah awal 2010 bolum habih.

InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Suruhlah anak-anak yang tunggu SPM tu kerja sementera, lopeh juga duit setem 
nanti.

Susah-susah minta sedekah depan bank, tunjukkan slip keputusan SPM dan surat 
masuk U dan Poli ke. Tak salah minta sedekah , kalau dah tak ada cara lain 
untuk dapat biasiswa atau pinjaman.

Jauh lebih baik minta sedekah dari menipu dengan skim cepat kaya, skim gores 
dan menang, rasuah, penipuan Kad Kredit ATM, merompak dan sebagainya.

Mintalah pada sanak saudara, jiran tetangga, AJK Masjid atau Surau. Janganlah 
minta kat Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen je. Rabak poket mereka.

Yang ada duit beribu-ribu, berpuluh ribu, beratus ribu, berjuta-juta dalam bank 
atau Tabung Haji , janganlah kedekut. Kalau kena tipu skim cepat kaya, penipuan 
kad kredit dan ATM , buang sial, lagi parah, ada yang rugi berjuta-juta.

Yang dah kayo tu berilah keutamaan kepado yang miskin atau berpendapatan 
sederhana untuk dapat biasiswa atau pinjaman.

Mungkin ada yang belum tahu bahawa simpanan KWSP kita boleh digunakan untuk 
membiayai yuran pengajian anak kita di IPT.

PERKESO juga ada kemudahan pinjaman pendidikan untuk anak pencarum yang layak.

Begitu juga dengan anak-anak Veteran ATM.

********************************* 

BANTUAN KEMASUKAN KE IPTA VETERAN ATM
Skim bantuan kemasukan ke IPTA ini bertujuan untuk membantu meringankan beban 
kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institut Pengajian TInggi Awam bagi 
anak-anak Veteren ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan 
pengajian di peringkat lebih tinggi.
Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah RM700.00 untuk pengajian 
peringkat diploma dan RM1,000.00 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.
Pembayaran kepada penerima bantuan akan dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan 
Julai dan Disember setiap tahun.

Sumber : 
http://www.jhev.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=175&lang=bm
 

********************************* 
PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai 
yuran pengajian anda/anak anda (termasuk anak tiri dan anak angkat) di 
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Sumber : 
http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=bm_p2members_wdrawtype&ac=29 

********************************* 
FAEDAH PENDIDIKAN PERKESO
Pemohon hendaklah seorang Pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut :-
1) Anak Tanggungan kepada Orang Berinsurans yang sedang menerima:-
a) Faedah Orang Tanggungan atau Pencen Penakat; atau
b) Pencen Ilat atau Hilang Upaya Kekal secara berkala.
Sumber : http://www.perkeso.gov.my/6b.pdf 

********************************* 
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN 
Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang 
telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut 
untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi 
mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma, Sijil dan Sijil 
Kemahiran. 

Sumber : 
http://www.yns.gov.my/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=51&Itemid=72 

********************************* 
PINJAMAN PELAJARAN BAITULMAL NEGERI SEMBILAN
Sumber : http://www.baitulmalns.gov.my/ 



      

Kirim email ke