Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

selalunya bila polis buat execution, yg dikatakan penjenayah mati terus so tak 
boleh tell the story.... ramai yg menyokong tindakan ini atas alasan sape nak 
penjenayah hidup.... 'adil atau tidak, zalim atau tidak' itu belakang 
kira..janji yg dituduh penjenayah itu mesti mati dulu ... & kalau yg dituduh 
penjenayah itu nak share his own story..kena tunggu akhirat..

tapi ..dlm kes dibawah, polis terlupa tembak sampai mati atau tembak, tendang 
dan pijak sampai mati... Kita mesti bangga mempunyai polis2 hebat begini ... 
Dan kita juga mesti bangga tindakan polis tembak sampai mati tanpa bicara 
kerana ia memudahkan kerja...

satu, tahan dan sumbat dlm ISA tanpa bicara, kedua tembak, tendang dan tijak 
sampai mati tanpa perlu bicara... Yg menyokong tindakan2 polis ini mesti bangga 
dan tersenyum lebar...

Cuma polis2 tersebut terlupa mahkamah keadilan kedua di akhirat...in any case, 
what do you expect from jabatan yg diketahui oleh pengangkat tilam....





----- Forwarded Message ----




Salah tembak wanita, NGO berdemo

Parti pembangkang dan kumpulan NGO akan berdemonstasi di depan ibu pejabat 
polis di Bukit Aman esok susulan pendedahan seorang perempuan malang yang 
mendakwa ditembak anggota keselamatan secara salah.

Perempuan tersebut, Norizan Salleh dijadual turut hadir bersama peguammnya N 
Surendran bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara (KPN) 
Tan Sri Musa Hassan.

"Kita mahu KPN ambil tindakan segera dengan menggantung dan menahan pegawai 
polis yang terbabit (menembak Norizan).

"Tindakan polis itu menyebabkan Norizan hampir kehilangan nyawa," kata 
Surendran yang menyifatkannya satu "cubaan membunuh".

Minggu lalu, Norizan, 30, dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian 
dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya 
di Segambut.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR minggu lalu, Norizan dilaporkan mendakwa, 
akibat serangan tersebut, beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih 
dua minggu bawah pengawasan polis.

Masih trauma

Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan 
berjumlah hampir RM20,000.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Surendran berkata, demonstrasi pada jam 
11 pagi esok disokong, antaranya oleh PKR dan DAP dan NGO pemantau polis, 
Jawatankuasa Hak Asasi dan Pemantau Polis.

"Kita beri polis beberapa hari untuk ambil tindakan. Selepas itu, jika tiada 
sebarang tindakan diambil, kita akan saman polis dan kerajaan Malaysia.

"Kita sedang menyiapkan persiapan untuk itu," katanya.

Menurut Surendran, Norizan telah membuat laporan polis pada 6 November tahun 
lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Diminta mengjelaskan keadaan kesihatan Norizan, Surendran berkata: "Sudah tentu 
beliau masih trauma."

Merdeka review pernah melaporkan:

Wanita ditembak polis tanpa sebab...
Ong Vic Kee | Jan 29, 2010 04:42:38 pm

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang 
sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan 
darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, 
dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, 
di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada 
di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan 
dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati 
sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam 
kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 
Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya 
Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR 
Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk 
mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, 
mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang 
tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang 
dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di 
mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana 
beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul 
tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau 
mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, 
dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta 
mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu 
terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika 
kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. 
Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. 
Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan 
tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, 
sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 
10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk 
dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. 
Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah 
RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya 
kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. 
Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak 
berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang sama

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal 
Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula 
membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, 
Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan aduan Norizan adalah 
IO yang menyiasat Norizan atas tuduhan "cubaan membunuh"pada hari kejadian 
berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis 
memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau 
tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk 
menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis.. Salah seorang mengadu kepada 
Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, 
dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka 
mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan 
pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain 
mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah 
mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh 
polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk 
menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan 
siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah 
Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan 
lebih orang dimangsakan sebegini.. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak 
akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan 
hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi 
mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes 
ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan 
mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) 
akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak 
untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil 
untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak 
mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil 
untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga 
mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati 
oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada 
awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa 
salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; 
sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa 
membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.




Switch to: Text-Only, Daily Digest • Unsubscribe • Terms of Use
.




      

Kirim email ke