Kalau tak mampu beri bantuan kewangan, berdoalah serta sebarkan maklumat ini 
secara meluas. Sebarkanlah kasih sayang.

********************************** 
Puan Suhaiza, 42 seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 anak yang tinggal di 
Taman Ayer Keroh Height, Melaka.

Suaminya meninggal dunia kira-kira 6 bulan lalu kerana sakit jatung. 

Beliau pula mengidap sakit pernafasan dan terpaksa bergantung kepada alat 
bantuan pernafasan 24 jam. 

Beliau tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan kerana masalah tersebut. 
Anaknya yang berumur 11, 9 dan 5 tahun semuanya bersekolah.

Ibunya pula terpaksa menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu kerana sakit 
buah pinggang.

Alat pernafasan beliau itu pula terpaksa di'servis' dengan perbelanjaan RM400 
sekali 'servis'.

Menurut Puan Suhaiza setakat ini beliau telah mendapat bantuan dari beberapa 
pihak antaranya JAIM, PAS dan badan-badan lain tetapi ianya tidak mencukupi. 

2 hari lepas pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada membuat tinjauan ke 
rumah setelah dilaporkan oleh ADUN Ayer Keroh beberapa hari lepas. Sebelum ini 
laporan yang dibuat kepada JKKK tidak mendapat maklum balas yang baik. 

Seperkara Puan Suhaiza juga amat mengharapkan manfaat dari skim Takaful arwah 
suaminya akan dilunaskan oleh pihak Takaful Ikhlas cepat mungkin. 

Kepada sesiapa yang ingin membuat sebarang derma dan pertanyaan sila hubungi 
Che Saidi Ismail , AJK PAS Kawasan Bukit Katil, di talian 0123348412. 

Maklumat lanjut di laman Blog Ketua Penerangan PAS Melaka di 
http://mutaligat.blogspot.com/2010/01/bantulah-insan-tidak-bernasib-baik-ini.html
 



      

Kirim email ke