Pada tanggal 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431 , hari 
Jumaat, kita akan merayakan Sambutan Kelahiran Junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Marilah kita semarakkan perayaan Maulid Nabi ini dengan semangat yang ada pada 
Sultan Salahuddin Al Ayubi yang membebaskan Palestin.

Viva Palestina !

************************************ 
Siapa Sultan yang miskin dan tak bayar zakat  ?

Beliau ialah Sultan Salahuddin Al Ayubi pembebas Kota Jurusalem.

Sultan Salahuddin Al Ayubi mengobarkan semangat perjuangan Islam dengan cara 
memerintahkan kepada umat Islam supaya tiap tahun diadakan perayaan Maulid 
Nabi. 

Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah pemimpin Islam yang menghidupkan sambutan 
Maulid Nabi Muhammad saw, hingga Islam terus berjaya membebaskan Kota Jurusalem.

Sultan Salahuddin Al Ayubi akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata 
yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Sultan Salahuddin Al Ayubi tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak 
mempunyai harta yang cukup nisab.

Sultan Salahuddin Al Ayubi teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia 
tidak pernah berkesempatan.

Cerita selanjutnya mengenai Sultan Salahuddin Al Ayubi di 
http://waghih.blogspot.com/2009/12/siapa-sultan-yang-miskin-dan-tak-bayar.html 
 



      

Kirim email ke