Ayah saya merupakan seorang pesara tentera. Ketika dia bertugas dulu atas 
inisiatif dia sendiri, apabila masuk tandas dia tanggalkan topi atau beret 
kerana terdapat Lambang Tentera Darat yang tertulis Kalimah ALLAH dan Muhammad 
dalam jawi.

Tak pasti sekarang macamana. Ada atau tidak diajar dalam tentera dan polis 
etika pemakaian lambang ALLAH dan Muhammad ini ?

Kalau masuk tandas macamana ? Bolehkah dicampak-campak saja lambang tadi ?

Bagaimana pula dengan anggota polis dan tentera yang bukan Islam yang memakai 
lambang tersebut ? Apakah mereka perlu pakai lambang yang tiada tertulis 
perkataan ALLAH dan Muhammad ? 

Apakah hukum pemakaian lambang ini untuk bukan Islam ? 


***************** 
Soalan di bawah dari laman web Jabatan Agama Islam Perak :

Assalammualaikum ustat. Saya seorang anggota tentera laut. saya ingin bertanya 
bolehkah lambang Allah Muhammad yang dilekatkan atau dijahit pada baju kerja 
saya dibawa masuk kedalam tandas. saya dapati semua warga tldm membawa masuk 
lambang itu kedalam tandas termasuk saya. Lambang Allah Muhammad itu juga ada 
pada kepala tali pinggang yang dipakai oleh semua warga tldm termasuk yang 
bukan agama islam. Bolehkah anggota yang bukan islam diberi pakai lambang Allah 
Muhammad itu. Satu lagi soalan saya bolehkan lambang Allah Muhammad yang ada 
pada unit kami digunakan untuk kepala surat atau borang-borang. Apa yang saya 
perhatikan apabila borang yang salah diisi atau surat yang salah dibuat anggota 
mengoyak dan membuang di dalam tong sampah. Satu lagi masaalah ada borang 
diletakkan dibawah plastic meja lepas tu ada anggota lain datang dan duduk 
diatas meja tersebut. Borang tersebut yang mempunyai lambang digunakan dengan 
meluas di tempat kerja saya. Ustat boleh
 perhatikan lambang itu disemat atau dijahit dibaju angkatan tentera dan polis. 
Satu lagi apa hukumnya menggunakan pinggan mangkuk yang mempunyai lambang allah 
Muhammad. Pinggan mangkuk itu digunakan untuk makan di tldm. Sekian saya yang 
musykil dan tak tahu. tolong jawab email saya ini ustat. Saya benar-benar 
mahukan jawapan ini. Kenapa semua agensi yang saya Tanya tidak menjawab 
persoalan saya ini termasuk Jakim. Lagi saya musykil....

http://jaipk.perak.gov.my/index.php/component/option,com_easybook/Itemid,11146/ 



      

Kirim email ke