Pada pagi Sabtu 6 Februari 2010 telah diadakan gotong royong mencegah bala 
demam denggi yang melanda Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia.

Apabila saya membeli peralatan gotong royong di sebuah kedai di Matahari 
Height, pemilik kedai berkenaan berkata bahawa pagi tadi sebuah pencawang 
elektrik sebelah Family Store Senawang telah meletup. Beberapa rumah di Taman 
Desa Dahlia mengalami bebanan elektrik berlebihan , menyebabkan banyak 
peralatan elektrik rumah yang meletup dan terbakar.

Sekembali dari kedai tersebut saya perhatikan garisan awan yang pelik di atas 
langit Surau Alamanda. Adakah garisan awan pelik ini sebahagian daripada ujian 
Chemtrail atau Contrail oleh pihak tertentu yang boleh mengubah cuaca yang juga 
dipanggil awan maut ?

Sila ke pautan berikut untuk melihat gambar awan yang diambil pada langit atas 
Surau Alamanda pada 6 Februari 2010 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/awan-maut-di-negeri-sembilan.html 

Untuk melihat artikel mengenai Awan Maut sila ke 
http://amkns.blogspot.com/2010/01/perhatikan-awan-maut-sekeliling-kita.html 

Sebelum ini saya menyaksikan sendiri puting beliung kecil di hadapan Surau 
Alamanda. Untuk melihat artikel mengenai puting beliung sila ke 
http://waghih.blogspot.com/2010/01/nsembilan-dilanda-puting-beliung-tahun.html 

Pada 7 Februari 2010, Sabah mengalami gempa bumi kecil. Sabah boleh mengalami 
gempa bumi besar sehingga 6 pada skala Richter, sila lihat pautan berikut 
http://rozmal.blogspot.com/2010/02/gempa-bumi-di-malaysia.html 

Hanya pada Allah kita berserah. Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua 
yang Allah larang.

Solat jangan tinggal, utamakan solat jemaah di masjid.

************************ 
Ahad Februari 7, 2010 
Gempa Bumi Lemah Di Sabah Awal Pagi Ini 

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di 
Sabah, awal pagi ini.

Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 
Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 
2.07 pagi ini.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan 
Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/7/mstar_berita/20100207101753&sec=mstar_berita
  



      

Kirim email ke