Salam, Dua tiga minggu lepas, saya berbual dengan seorang sahabat mengenai isteri yang solehah. Modal perbualan bermula mengenai ummul mukminin Khadijah r.ah. Beliau sangat disayangi oleh Rasulullah SAW hatta ke akhir hayatnya. Dalam perkahwinannya dengan isteri-isteri yang lain, Rasulullah SAW sering menyebut-nyebut nama Khadijah r.ah. Memang sangat istimewa makhluk Allah tersebut. Apa tidaknya, beliau merupakan orang pertama didunia selain Muhammad SAW yang memeluk Islam. Beliau merupakan seorang isteri yang rela hati menanggung beban rumahtangga dari seorang suami. Beliau sangat komited memelihara urusan dakwah Nabi SAW hingga ke akhir hayatnya. Beliau memang supremacy in vanity! Sangat agung pengorbanannya untuk Allah dan RasulNya. Perbualan kami meleret hingga ke zon rumahtangga. Kata kawan tu, 'Kita minta isteri jadi Khadijah, kemudian dia (isteri) tanya kita (suami) boleh ke jadi (macam) Nabi?' Saya ketawa kecil, geli hati dengan respon seperti tu. Sebab apa?
Setiap dari kita (dah tentu yang mukallaf) dibebankan satu package hukum dari Allah SWT. Kita tidak boleh lari dari menerima dan memikul beban hukum tersebut. Adapun hukum-hukum tersebut merupakan aturan yang sangat mulia dari Allah agar kita atur hidup ini dengannya. Ada aturan mengenai aqidah, ada pula mengenai ibadah (mahdhah), ada pula aturan yang berkaitan dengan akhlak, makan-minum, pakaian, pergaulan (ijtima'iy), 'uqubat (sanction), politik, pendidikan, ekonomi dan seumpamanya. Ringkasnya, menyeluruh dan sempurna. Itulah syariat namanya. Kenapa kita tak boleh dari dari syariat? Setiap dari kita yang hidup pasti akan diminta pertanggungjawaban diakhirat kelak. Bahkan kadang-kadang didunia pun sudah diminta. Jadi, jika kita menuruti piawaian syariat didunia, nescaya kita lepas 'ujian' diakhirat, biarpun didunia ini kita sering berhadapan dengan 'kerugian' mahupun 'kegagalan'. Maksudnya, standard berfikir kita adalah sentiasa kita kaitkan perbuatan dengan Allah dan hari Akhir, bukan didunia ini. Berbalik kepada hubungan suami-isteri ni tadi, ya, apakah patut seseorang itu melakukan kebaikan demi seseorang yang lain? Misalnya, isteri hanya akan jadi solehah jika suaminya soleh? Jika suaminya jahat apakah isteri pun nak jadi jahat? Inilah kesan pemikiran dangkal yang sering menjadikan 'Kepimpinan melalui teladan' sebagai slogan hidup. Sebenarnya slogan tersebut mengheret kita hidup seperti gerabak keretapi! Sebaliknya Islam tidak pernah menuntut kita agar meneladani pemimpin tetapi yang memimpin kita adalah iman dan taqwa. Jika pemimpin betul, kita akur dan taat pada kebenarannya. Jika pemimpin salah, kita muhasabah hingga dia jadi benar. Begitu pula, jika isteri berlaku zalim, sang suami wajib menegur (dan menghukumnya). Jika sang suami buat kezaliman (melanggar perintah Allah) maka layaklah si isteri menegur (atau menghukum melalui saluran tertentu) suaminya. Masing-masing bertanggungjawab dan berperanan menjadi orang-orang soleh. Jadi, jadilah seorang yang soleh mahupun solehah demi kerana Allah dan RasulNya, bukan kerana selainnya. Kita tak rugi jika hidup dengan syariat Allah, tetapi kita pasti akan binasa jika lari darinya. Situasi meruncing dalam kebanyakkan dunia rumahtangga hari ini bukti kepada kenyataan ini. Saban hari kita dapat saksikan betapa hancurnya institusi rumahtangga baik dari kalangan orang-orang kafir mahupun kaum muslimin sendiri! Semua ini tidak lain akibat dari menyimpang dari syariat Allah SWT. Layari http://www.mykhilafah.com
