Saya rasa ramai orang Melayu/Islam yang mempertahankan kalimah Allah walau pun hakikatnya mereka tidak kenal dan tidak akur akan kebesaran Allah itu sendiri. Bila gereja nak guna kalimah Allah dalam penerbitan mereka ramai orang Melayu/Islam menentang keras termasuk golongan Melayu yang menjadi sayap kepada parti yang mentadbir negara ini sedangkan mereka sendiri "menolak" sebahagian syariat Allah . Allah dan Islam mereka sekadar apa yang sesuai dengan nafsu (kepentingan) mereka bukan seperti yang ditetapkan oleh Allah dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka tidak sedar bahawa amal perbuatan mereka itu tiada bezanya dengan apa yang diamalkan penganut Kristian yang mengamalkan apa yang tidak pernah dibawa oleh Nabi Isa as.
Maka didikan para remaja juga berlandaskan acuan tersebut sama ada oleh ibu bapa dari golongan ini mau pun pemimpin yang dipilih golongan ini mentadbir negara dengan menerima pakai apa yang sesuai dengan nafsu (kepentingan) yang lebih menjurus kepada kehidupan dunia yang bukan dari acuan Islam. Maka jika Nabi saw katakan kaum Nasrani ? berpecah kepada lebih tujuh puloh maka demikian juga Islam akan berpecah kepada lebih tujuh puloh bahkan ? melebihi perpecahan kaum Nasrani. Golongan yang mentadbir negara terus memekakkan telinga apabila diseru atau diajak oleh ulamak yang berpihak kepada Parti Islam untuk kembali kepada menyembah Allah dengan sebenar-benarnya bukan sekadar mempertahan kalimah Allah !! Wallahua'lam. ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Sat, January 30, 2010 10:16:40 PM Subject: Help Palestine [hidayahnet] 99 peratus Melayu tak kenal ALLAH Semasa majlis kenduri doa selamat di Taman Alamanda, Senawang siang tadi saya diberitahu oleh seorang AJK Masjid Bandar Baru Senawang bahawa menurut satu kajian 99 peratus pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah tidak solat fardu 5 waktu. Wahai para ustaz, wahai para alim ulama, wahai pejuang Islam, wahai JAKIM, wahai Jabatan Agama, wahai Majlis Agama Islam, wahai pemimpin Islam, sedar ke tak ni ? Kalau 99% remaja Melayu tak sembahyang , bermakna mereka tidak kenal ALLAH. Macamana kita hendak mempertahankan Islam, mempertahankan kalimah ALLAH kalau 99% remaja Melayu tak solat. Tolonglah tengok turun padang, pergi setiap masjid dan surau seluruh Malaysia, di kampong-kampung, di Felda-Felda, di pedalaman, di bandar. Macamana nak selesai masalah gejala sosial, buang bayi, fenomena Si Tanggang dan lain-lain masalah kalau solat pun semua pihak pandang ringan. Solat perkara pertama akan disoal di akhirat nanti. INGAT ALLAH, INGAT MAUT, INGAT SEMUA KITA AKAN DIPERSOALKAN NANTI. SEMARAKKAN MAJLIS ILMU DI REMBAU ! ************ ********* ********* ********* *** Jadual Pengajian Islam di Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau, N.Sembilan Kuliah Mingguan Setiap Ahad selepas Maghrib Minggu Pertama – Ustaz Mohamad Mohsein , Hadis Imam Nawawi Ustaz Md Nazri Md Yusof , Tasauf , Kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman (Imam Habib Abdullah Haddad) Minggu Kedua – Ustaz Abd Ghani Zaigu , Aqidah Islamiah (Dr Mustafa Said Al Khin & Sheikh Muhyiddin Dib Misto) Ustaz Sufian Daud , Fiqh Sirah (Dato Seri Hj Abd Hadi Awang) Minggu Ketiga – Ustaz Ramli Abu Bakar Al Hafiz , Tafsir Al Jalalain Ustaz Abd Mukti Baharudin , Tafsir Maududi Minggu Keempat – Ustaz Jaafar , Feqah Ibadah (Sheikh Daud AlFathani) Ustaz Hassan Alias, Fikrah Blog Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman http://madrasahsele mak.blogspot. com ************ ********* ********* ******** JADUAL PENGAJIAN KITAB THUTRUTH Di Madrasah Teratak Amal, Kg Bongek, Rembau Sabtu Minggu Ke 4 setiap bulan 2:30 ptg – 3:30 ptg – Ustaz Zulkifli Dari , Aqidah 3:30 ptg – 4:30 ptg – Ustaz Mohamad Kasim 5:00 ptg – 6:00 ptg – Ustaz Sulaiman ************ ********* ********* ******* Kelas Agama Ustaz Zulkifli Mat Zari Bulan Februari A.6,13,20,27 Februari-Kelas Usuluddin Remaja dan Wanita-10.30 pagi-Surau Taman Rembau Utama B.7,14,21,28 Februari-Kuliah Usuluddin Dewasa Lelaki dan Wanita-Lepas Maghrib-Surau Taman Rembau Utama C.13 Februari -Kuliah Usuluddin Dewasa Lelaki dan Wanita -Lepas Maghrib-Masjid Annur Rembau D.Setiap Isnin,Selasa, Khamis dan Jumaat-Kelas Al-Quran Remaja-4.30- 6.30 ptg-Surau Taman Rembau Utama E.Setiap malam Isnin,Selasa, Rabu,Khamis- Kelas Al-Quran Remaja-8.00- 9.00 mlm-Rumah Ustaz 318 RU 16. F.1 dan 15 Februari-Kelas Usuluddin Dewasa Lelaki dan Wanita-Lepas Maghrib-Masjid Senama Rembau N.S Maklumat lanjut di http://sejarahdanik tibar.blogspot. com/2010/ 01/kelas- agama-ustaz- zulkifli- mat-zari. html
