Safar adalah bulan kedua dalam kalendar hijrah dan Safar bermaksud kosong atau 
meninggalkan sesuatu tempat. Penamaan bulan yang kedua ini sebagai Safar adalah 
kerana kebiasaan orang Arab meninggalkan rumah mereka pada bulan ini bertujuan 
memerangi musuh-musuh dan mereka juga suka mengembara pada bulan ini. 
Kebanyakan orang Arab pada zaman jahiliyah beranggapan terdapat kesialan pada 
bulan Safar ini. Ternyata pemikiran jahiliyah ini masih diwarisi oleh 
segelintir kecil umat Islam pada zaman ini akibat lemahnya keimanan dalam jiwa 
dan kejahilan mereka terhadap ilmu tauhid. Mereka beranggapan bulan Safar 
merupakan bulan di mana Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia. 
Oleh itu banyak musibah dan bencana terjadi pada bulan Safar khususnya pada 
hari Rabu minggu terakhir. Sesetengah umat Islam menghindarkan diri dari 
melakukan perjalanan pada bulan safar melainkan terdapat keperluan yang 
mendesak. Sebagai contohnya dalam kitab al-Futuhat
 al-Haqqaniy, penulis kitab tersebut memilih untuk menahan diri dari keluar 
berjalan pada bulan ini dan menasihati agar semua pengikut tarekat tersebut 
untuk tidak meninggalkan rumah melainkan sekiranya benar-benar perlu. Dalam 
kitab tersebut dikhabarkan bahawa Syaikh tarekat tersebut ‘Abdullah Faiz 
Daghestani berkata: “Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, 70,000 penedritaan 
(bala) akan menimpa dunia. Barangsiapa yang mengekalkan adab ini yang disebut 
(beberapa amalan yang tertentu), dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha 
Kuasa.” Bagi orang Melayu pula mereka menghindari dari melakukan majlis 
perkahwinan pada bulan Safar kerana dipercayai jodoh pasangan pengantin 
tersebut akan tidak berkekalan dan kelak akan susah untuk mendapatkan zuriat. 
Ada juga yang beranggapan bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang dan 
hendaklah dijalankan satu upacara khas untuk membuang nasib malang tersebut.

BENARKAH DAKWAAN INI??????

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila ke:

http://akob73.blogspot.com/2009/01/tiada-kesialan-pada-bulan-safar.html




Kirim email ke