Oleh Yang Berbahagia Ustaz Mat Esa Bin Deraman

IMAM AS-SYAFIE ULAMA SEPANJANG
ZAMAN<http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/imam-as-syafie-merupakan-seorang-tokoh.html>


 Imam As-Syafie merupakan seorang tokoh yang agung. Kelu lidah ini bagi
menerangkan kemuliaannya, lenguh qalam menari di atas kertas untuk
mencoretkan akan kehebatannya. salah seorang daripada pemimpin mazhab empat
yang menjadi bukti kepada karamahnya yang berpanjangan dan berterusan.
Diakui oleh lawan dan kawan tentang kemulian dan kehebatannya sehingga
menjadi kekaguman semua umat di zamannya dan zaman selepasnya.

 Nama sebenar beliau ialah Abu Abdillah, Muhammad bin Idris bin Abbas bin
Ustman bin syafie' bin Saib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abd
Muttalib. Dilahirkan pada 150H dan wafat pada 204H pada usianya 54 tahun.
Berketurunan Quraisy bertemu dengan keturunan Rasulullah melalui moyangnya
yang bernama Abd Manaf. Keturunan yang mulia ditambahi dengan ilmu yang
memenuhi bumi, menjadi ikutan ummat sepanjang zaman. Kewafatan Imam adalah
musibah ummat.

 Diceritakan bahawa seorang bermimpi pada malam kewafatan As-Syafie bahawa
Rasulullah s.a.w wafat pada malam itu, yang menyebabkan kesedihan manusia.
Ar-Rabi' bermimpi bahawa Nabi Adam a.s. wafat, maka dia bertanya kepada
orang alim dalam bidang ta'bir mimpi, katanya: "Ini adalah tanda bahawa akan
mati orang yang paling alim". Tidak lama selepas itu Imam as-Syafie wafat.
Seolah-olah kewafatan As-Syafie sama seperti kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
dan Nabi Adam a.s.

 Imam As-Syafie mempunyai keperibadian yang unggul dan hebat. Disamping
keilmuannya yang tidak dapat dicabar, sifat pemurahnya dan rendah diri
kepada semua manusia. Beliau juga seorang yang berani mempertahankan
kebenaran dan lantang dalam menegakkan agama Islam. Apa yang menariknya
kemunculannya menyatukan dua aliran yang berbeza. Aliran yang mengutamakan
akal yang dikenali sebagai Ahlu Ra'yi dan aliran hadis yang dikenali sebagai
Ahlu Hadis.

 Ramai Ulama' berusaha untuk memperincikan latar belakang hidup beliau
antaranya Imam Daud Az-Zahiri, As-Saji, Imam Darul Qutni, Al-Aajuri,
Ar-Razi, Imam Baihaqi dan banyak lagi. Antara karangan termoden ialah apa
yang ditulis oleh Imam Abu Zahrah. Beliau meninggalkan ratusan kitab yang
menjadi pedoman kepada semua para alim ulama'. Yang paling tersohor ialah
kitan Al-Um, Ar-Risalah, Ahkamul Quran, Al-Hujjah dan lain-lain lagi.
Antara kata-katanya yang masyhur ialah:

   - Menuntut ilmu lebih mulia daripada ibadat sunat
   - Siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang
   inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu
   - Ibadat yang paling hampir kepada Allah selepas perkara wajib ialah
   menuntut ilmu.
   - Hiasan ilmu ialah wara' dan lemah lembut
   - Ilmu yang sebenar bukannya yang dihafaz tetapi yang memberi manfaat
   - Perdebatan dalam ilmu mengeraskan hati dan menimbulkan dendam
   - Sesiapa yang tidak dimuliakan dengan takwa maka tiada kemulian baginya
   - Kebaikan dunia dan akhirat pada lima perkara; Kaya jiwa, menahan diri
   daripada melakukan penganiayaan, rezki yang halal, bertakwa, dan percaya
   kepada Allah pada semua keadaan.

Terlalu banyak yang hendak dicoretkan mengenai Imam yang mulia ini. Oleh
kerana keterbatasan waktu, cukup setakat ini sahaja.

Semoga ilmu kita sentiasa bertambah.

 Amin.



http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/imam-as-syafie-merupakan-seorang-tokoh.html

Kirim email ke