Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

Jaga diri & Berhati-hati,

Wassalam.






Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT.
Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood.
Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia
liat nak solat.Namun,
dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu
menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga
solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun
ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya.
Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.




Solat itu tiang agama!
Berikut saya kongsikan beberapa
perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih
berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari
kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa
solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika
diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah
amalan kita yang lain.Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga 
solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilat Amal(Harga RM35 sebuah). Dalam 
kitab tersebut ada 1 bab khusus yang
menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan
dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
        * Kepentingan solat
        * Kelebihan solat
        * Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
        * Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
        * Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
        * Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
        * Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
        * Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat


Belilah Kitab Fadhilat Amaltu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang 
tetap contohnya
sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat
dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.Moga-moga
dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah
dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan
pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.
2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan
sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah.
Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi
untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah
rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.



3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan
sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat.
Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita
menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada
waktu seterusnya.


4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga
solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali
ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat
secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain
dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.



5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur
lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa
jawabnya. Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan
dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.


6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya
sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait
rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk
tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap
bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi
untuk solat subuh’.Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya 
ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.Pernahkah
kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa
seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi
pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap.
Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda
kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal
sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.Kalau kita 
memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun 
punya walaupun tidur baru 2-3 jam!



7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan
ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat
kelak?


8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari
Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku,
berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu,
memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”


Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama
amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga
agar kita dapat khusyu’ semasa solat.



      
_______________________________________________________________________________
Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke