Inilah akibatnya apabila calun yang dipilih adalah pemimpin yang dikitar 
semula. Tarikh luput sebagai pemimpin sudah pun jelas tamat tapi bagi parti 
UMNO yang dah tak ada pemimpin yang layak terpaksa kitar semula asalkan jangan 
kerusi itu jatuh ketangan PAS. Dulu disingkir kerana terlibat rasuah dalam 
parti tapi parti berkenaan jilat balik ludah mereka maka dimanakah kejujuran 
parti yang menerajui negara benar-benar nak hapuskan rasuah sedang pemimpin 
rasuah dalam parti mereka sendiri pun mereka tetap junjung untuk dimertabatkan 
semula oleh rakyat Bagan Pinang !!? Difahamkan rasuah terus berlaku ketika 
pilihanraya kecil tersebut. Dari maklumat yang didengari seorang calun UMNO 
yang dah kalah dalam PRU12 di Kelantan tapi masih memegang jawatan dalam sebuah 
NGO telah angkut ratusan ribu ringgit ke Bagan Pinang ketika pilihan raya kecil 
di DUN tersebut. Itu pemimpin pertengahan. Berapa juta pula dari pemimpin 
atasan dan cukup memalukan jika nak bantu
 pesakit ini pun kena tunggu menang PRK ?? Dah lebih 10 kali PRU dan ratusan 
PRK diadakan masih ramai lagi rupanya orang Melayu/Islam dok percaya kepada 
parti ni ?? Berpura-pura dengan Allah pun mereka tak takut inikan pula 
berpura-pura sesama manusia ?? Sekadar mengaku Islam belum pasti mereka 
benar-benar beriman.

Maka jika parti ini terus menerajui pemerintahan negara kemungkinan besar 
pemimpin nombor satu akan silih berganti berkitar dan berkisar di kalangan 
anak-anak mantan beberapa PM. Salah seorang darinya ialah yang menguasai 
pasukan PDRM. Kabarnya pelbagai imbuhan diberikan untuk pasukan polis termasuk 
? kenaikan gaji. Kita sokong kenaikan gaji pasukan polis tapi ketua mereka yang 
dilanjutkan khidmatnya itu benarkah seorang yang hebat ? atau sekadar hebat 
melindungi bos paling besar agar kes pembunuhan wanita Monggolia terus tidak 
dibongkar habis-habisan !!??  Mungkin juga kerana kehebatannya menggelapkan 
masa depan DS Anwar Ibrahim di era Mahathir maka khidmatnya dan kehebatan itu 
mesti terus dipergunakan agar kes liwat II yang berlangsung sekarang mampu 
menenggelamkan terus Anwar dari arena politik Malaysia maka selamatlah 
"Syarikat Kepimpinan Adik Beradik" mereka. Maka jika benar Allah SWT  adalah 
benar-benar Tuhan yang mereka imani ingatlah bahawa
 "manusia merancang dan Allah juga merancang tapi Allah adalah sebaik-baik 
perancang". Wallahua'lam.





________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Sun, February 7, 2010 9:38:07 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9


OKU tagih janji pilihan raya kecil
Sinar Harian 7 Feb 2010

PORT DICKSON – Orang kurang upaya (OKU), Mohd Yusof Saad, 53, mendakwa, kecewa 
janji pelbagai pihak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) 
masih belum tertunai.

Yusof berkata, kencing manis dialaminya menyebabkan kaki kirinya dipotong, 
sekali gus membantutkan pergerakannya.

Kini, sudah empat bulan berlalu, kehidupannya masih seperti biasa, walaupun 
ketika pilihan raya lalu, ramai datang berjanji untuk menghulurkan bantuan bagi 
mengurangkan bebannya, namun mendakwa, semuanya sekadar tinggal janji sahaja.

“Waktu itu, pelbagai bantuan ditawarkan kepada saya setelah mereka melihat 
penderitaan saya alami. Ketika itu, saya rasa bertuah dan merasakan nasib saya 
akan bertambah baik daripada sekarang.

“Tetapi, kini sudah hampir empat bulan, semua tawaran bantuan tidak kunjung 
tiba dan kehidupan kekal berliku seperti dahulu,” katanya.

Selain itu, Mohd Yusof berkata, sekalipun menyedari pelbagai bantuan disediakan 
kerajaan, namun dia masih tidak tahu cara untuk memperolehi bantuan terbabit.

Menurutnya, dia mendengar kewujudan bantuan dan fungsi Jabatan Kebajikan 
Masyarakat (JKM), tetapi tidak tahu cara membuat permohonan.

“Saya memang tidak tahu bagaimana untuk memohon bantuan daripada pusat 
kebajikan. Bagaimanapun, pada PRK Bagan Pinang lalu, baru saya tahu bagaimana 
cara hendak membuat permohonan bantuan.

“Itu pun selepas ramai menteri turun padang,” katanya ketika ditemui di Bandar 
Sunggala, di sini.

Kehidupan Mohd Yusof sejak dua tahun lalu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada 
kerusi roda berikutan kaki kirinya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.

Menurutnya, semua akibat alahan setelah makan durian dan se-luruh badannya 
membengkak dan bahagian kaki kirinya mengalami masalah serius dan terpaksa 
dipotong.

Sejak itu, kehidupannya bergantung kepada isterinya, Fatimah Syam Ayob, 50, 
untuk meneruskan kehidupan.

Wanita tabah itu baru dikahwini empat tahun lalu menganggap semua itu sebagai 
dugaan paling besar dalam hidupnya dan tidak pernah sesekali merungut.

“Ini adalah tanggungjawab perlu dipikul dan amanah Allah yang diberikan kepada 
saya dan saya yakin pasti perkara lebih baik akan menanti suatu hari nanti,” 
katanya.

Fatimah berkata, dia perlu menyewa kereta setiap kali suaminya menjalani 
rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di sebuah hospital swasta dekat 
Seremban.

Menurutnya, kosnya tinggi dan pernah satu ketika dia terpaksa berhutang.

“Selain kos sewa kereta, sudah pastinya rawatan suami mencecah ribuan ringgit. 
Beberapa pembedahan dilakukan semuanya memakan kos ribuan ringgit. Yang pasti 
semua kos itu adalah hasil usaha berniaga barang pantai di kedai Batu 4, di 
sini.

“Kami ada menerima bantuan daripada Baitulmal RM1,000 untuk rawatan 
hemodialisis, tetapi beribu ringgit lagi terpaksa ditanggung sendiri untuk 
rawatan pembedahan dan sebagainya.

“Kerusi roda digunakan suami juga adalah kerusi roda arwah ayahnya. Walaupun 
sudah mengalami beberapa kerosakan kecil, tetapi masih boleh digunakan kerana 
kami tidak berkemampuan membeli kerusi roda baru,” katanya.

Ini kerana, suaminya turut menghidap penyakit buah pinggang tahap kritikal.

Keperluan juga perlu dipenuhi seperti lampin pakai buang, makanan dan sabun 
khas untuk rawatan penyakit ku:litnya.

Untuk menambah pendapatan dengan menambah waktu bekerja iaitu berniaga lebih 
masa, Fatimah mengakui tetap tidak boleh memberikan pulangan baik.

Menurutnya. sambutan terhadap barang diniaga juga bermusim, apabila cuti umum 
sahaja pembeli akan ramai dan jika hari biasa sukar mendapat pembeli.

“Kebiasaannya pada hari cuti kedai akan dibuka 15 jam sehari bermula jam 8 pagi 
berbeza dengan hari biasa kedai hanya dibuka jam 10 pagi.

“Untuk ke kedai, saya terpaksa menyewa kereta untuk membawa suami. Tidak 
mungkin saya meninggalkan suami bersendirian di rumah kerana dia tidak mampu 
mengurus dirinya sendiri. Saya tidak pandai memandu ditambah kami tidak 
mempunyai kereta,” katanya.

Fatimah mengakui suaminya adalah pemegang kad OKU dibekalkan JKM, sejak dua 
tahun lalu, tidak tahu mengapa tidak memperoleh bantuan selayaknya sehingga 
kini.

“Sekarang ini, saya berharap permohonan dilakukan sejak empat bulan lalu akan 
segera disalurkan untuk meringankan kesusahan ini kerana selain membiayai kos 
rawatan suami, kedai mereka berniaga juga perlu dibayar sewa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JKM Port Dickson ketika dihubungi Sinar Harian 
memaklumkan bahawa permohonan dilakukan Mohd Yusuf telah diluluskan dan 
selewat-lewatnya bantuan akan disalurkan hujung bulan ini.

http://www.sinarhar ian.com.my/ mns/content/ story6766497. asp





      

Kirim email ke