Itulah bezanya “ ULAMA POLITIK “ dengan ulama yang berpaksikan Islam
sebagai TIANG SERI
dalam kehidupan . Tak kira apa pun faham politiknya UMNO, PAS, PKR
semuanya akan menarik
pengikut2 taksubnya ke NERAKA JIKA MEREKA SEMUA TAK BERHATI2 KETIKA
MENYEBARKAN AGENDA
POLITIK MEREKA. Kerana neraka adalah tempat terbaik pada PENYAMPAI
FITNAH DAN YANG MEMECAH
BECAHKAN SILAHTURRAHIM SESAMA ISLAM.

Soal benar atau tidak dah jadi no 100……yang penting UNDI DAN AKULAH YANG
BETUL, ORG LAIN SUME
SALAH. Lepas tuu kaitkan hadis dan Al Quran sebagai bukti kononnya
fahaman aku yang betul, walaupun
akibat dari perbuatannya akan menambahkan lagi parahnya fahaman terhadap
Islam itu sendiri.
Kemudian cakap pulak ini sume untuk rakyat, rakyat nak macam ini, rakyat
tak suka ini………kepala
bapak dia senang2 buat tafsiran sendiri tentang kemahuan rakyat. 100%
berani jamin punya setiap
apa dia orang cakapkan tentang kemahuan rakyat, dia orang tak tanya
langsung pada rakyat cuma
dapat maklumat dari CACAI PENGANGKAT NAJIS MEREKA .
Soal apa akan jadi pada bangsa dan ugama pada 10 atau 20 tahun akan
datang dah tak penting, yang
penting AKU MESTI JADI PM . Masa akan datang AKU DAH TAK DE, JADI APA
AKU PEDULI.

Jadi perkara terbaik dalam PRU nanti……pangkahlah calon yang berkelayakan
untuk memimpin……
layak dalam ugama, tidak rasuah, tidak kes yang memalukan spti zina atau
liwat dll.
Jika memang tiada kelayakan dalam timbangan hati, pangkah sumenya……lebih
baik begitu dari
kita menjawap di hadapan ALLAH SWT nanti……masa tu mungkin tak terjawap
nanti.

Jika terdapat calon yang bukan Islam sedangkan ada calon Islam yang
berkelayakan tak kira
dari “ kaum “ ape UMNO, PAS, atau PKR wajib kita DAHULUKAN ISLAMNYA
bukannya PARTI POLITIKNYA.
Kalu tak, tulislah “ surat tunjuk sebab “ di hadapan ALLAH SWT di
Mahsyar……TAK SUSAHKAN ????????????


Wassallam

-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[email protected]] On
Behalf Of amri el wahab
Sent: Sunday, February 07, 2010 12:29 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Diskusi Isu Kalimah Allah Bersama
bersama DSAI


Oleh�Akhie Naim at 11:06 PM
<http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/pemerhatian-diskusi-isu-kalimah-a
llah.html>


<http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/pemerhatian-diskusi-isu-kalimah-a
llah.html>

Malam semalam (18 Januari 2010), saya berkesempatan menghadiri satu sesi
perbincangan tertutup berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang
bukan Islam di kediaman Ketua Umum PKR. (Berita di sini
<http://www.malaysiakini.com/news/122249> ) Turut hadir pada malam itu
adalah para pemimpin PKR dan PAS. Perbincangan yang berlanjutan hampir
tiga jam itu berjalan dengan agak baik, tetapi saya dan rakan-rakan agak
kecewa dengan banyak hal, terutamanya yang berkaitan dengan
�mentaliti� dan �sikap� orang-orang politik. Saya rumuskan
perbincangan yang berlangsung pada malam tersebut dalam beberapa perkara
penting yang saya senaraikan di bawah;

1)� Hujah-hujah yang bersifat ilmiah dan intelektual, khususnya yang
melihat daripada aspek teologi, falsafah bahasa, serta latar
sosio-budaya, ternyata sukar diterima oleh ahli perbincangan pada malam
itu yang rata-ratanya sudah membuat keputusan masing-masing. Sikap yang
ditunjukkan oleh beberapa pemimpin politik yang memperlekeh pandangan
intelektual, menolak pandangan dari sudut falsafah bahasa dan
mengenepikannya mentah-mentah ternyata mengecewakan. Malah, lebih
mengecewakan kerana majoriti pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang
parti politik yang terlibat pada malam itu lebih bersifat
�pandangan� dan �pendapat� yang seolah-olah dibuat tanpa
melakukan penelitian, kajian, serta pembacaan yang lebih meluas dan
mendalam. Banyak hujahan yang simplistic dilontarkan, semata-mata untuk
mempertahankan pandangan kelompok mereka.

2) Sikap segelintir kecil orang-orang politik yang terlibat di dalam
perbincangan tersebut yang gemar menggunakan hujah daripada nas
Al-Qur�an dan Al-Hadith, walaupun mereka bukanlah orang yang
berkelayakan dalam bidang agama atau tidak pernah mempelajari agama
secara serius melalui sistem pengajian yang serius (bukan melalui bacaan
satu-dua buku, bukan melalui kajian Internet, bukan melalui
ceramah-ceramah, tetapi melalui kelas-kelas pengajian yang ada gurunya),
membayangkan keangkuhan mereka. Ayat-ayat yang digunakan, serta
sanggahan terhadap penggunaan ayat itu sebagai dalil membenarkan
penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam, telah disentuh oleh Mohd.
Aizam bin Mas�od di dalam artikel bertajuk �Hujah Menolak Penggunaan
Kalimah �Allah� Oleh Kristian�.

3)� Pendirian �tidak rasmi� Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan
oleh DSAI pada permulaan sesi perbincangan, yakni untuk menyokong
penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini, antara
lain � menurut DSAI � dikukuhkan dengan pandangan yang diterima
daripada Dr. Yusuf Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili. Hal ini ternyata
mengecewakan dan membayangkan seolah-olah orang-orang politik tersebut
�miskin� dengan jaringan para �ulama. Mendengar pandangan daripada
dua orang tokoh tersebut, dan kemudian terus membuat suatu keputusan
(saya katakan keputusan kerana kenyataan telah dikeluarkan dalam media)
adalah merupakan perkara yang tidak sihat dan sebenarnya telah menutup
pintu untuk menerima pandangan-pandangan lain. Ya, kedua-dua tokoh itu
adalah tokoh besar di dalam dunia Islam tetapi dunia Islam mempunyai
ribuan �ulama. Di Malaysia sahaja kita mempunyai begitu ramai �ulama
yang hebat dan luas ilmunya. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin
al-Maliki, sebagai contoh, seorang �ulama muda tempatan yang
kitab-kitab karangan dan terjemahannya sudah mencapai 300 buah, malah
ada di antara kitab-kitab beliau yang digunapakai di
universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian di Mesir.

4) Sesi perbincangan tersebut dilihat agak �tidak adil� dan bersifat
�syok sendiri�. Hal ini demikian kerana ahli perbincangan tersebut
tidak cukup �diverse�. Majoriti ahli perbincangan adalah merupakan
orang-orang parti politik masing-masing. Beberapa orang ahli akademik
yang menghadiri perbincangan tersebut pula adalah merupakan kenalan lama
kepada para pemimpin parti politik tersebut, sehingga menjadikan
pandangan dan pendapat mereka agak �reserved� dan terlalu
berhati-hati. Agak mengecewakan kerana banyak di kalangan
individu-individu yang autoritatif di dalam hal ehwal agama, terutama di
kalangan ilmuan yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan
Islam, tidak dipanggil dan dilibatkan sekali. Seolah-olah, yang mereka
iktiraf sebagai �ulama dan ilmuan hanyalah daripada circle mereka
sahaja. Sedangkan, ada ramai �ulama dan ilmuan yang mampu memberikan
pandangan secara ilmiah dan bernas � dan jika benar mereka mahu
menegakkan semangat muzakarah demi mencari kebenaran, maka seharusnya
mereka dilibatkan sekali.

5) Sikap politik kepartian yang tidak matang ternyata masih menebal.
Biarpun sesi perbincangan tersebut � menurut yang difahamkan kepada
kami � adalah sesi perbincangan ilmiah yang bertujuan untuk
membincangkan isu tersebut secara sihat demi mencari penyelesaian kepada
dilema yang sedang berlaku, tetapi ternyata orang-orang politik yang
terlibat di dalam perbincangan tersebut � tua atau muda � semuanya
masih �terperangkap� dalam kerangka politik kepartian yang tidak
matang. Biarpun beberapa kali disebutkan agar isu ini tidak dijadikan
sebagai isu politik, tetapi ternyata pandangan-pandangan yang
dikemukakan oleh orang-orang politik pada malam itu majoritinya
berdasarkan kepada kacamata �politik menang-kalah�; soal populariti
parti, soal memenangi undi masih lagi menjadi timbang tara yang melebihi
timbang tara ilmiah. Malah, perbincangan yang seharusnya ilmiah itu
acapkali menjadi sesi mengutuk UMNO dan kerajaan. Ketua Umum PKR
sendiri, pada hemat saya, agak emosional dan sangat terikat dengan
pertimbangan politik dalam menilai pandangan-pandangan yang dikemukakan.
Keadaan ini ternyata mengecewakan kerana sikap sebegini merugikan umat,
kerana sikap ini menjadikan seolah-olah segala yang datangnya daripada
UMNO itu dilihat oleh PAS-PKR sebagai �najis� dan begitulah
sebaliknya.

6) Apa yang agak mengecewakan dan merisaukan juga adalah apabila DSAI
mengeluarkan kenyataan supaya isu penggunaan nama Allah ini tidak
dipanjangkan kerana banyak isu lain yang �lebih penting� seperti isu
kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya yang perlu diberikan
penumpuan serius. Saya agak terkesima dengan kenyataan tersebut, yang
membayangkan satu kecelaruan dalam pandangan alamnya. Isu nama Allah ini
berkait rapat (jika pun tidak berkait secara langsung) dengan usuluddin,
dengan asas agama � kerana yang dibincangkan di sini adalah nama Tuhan
kita! � justeru persoalan yang berkaitan dengan �aqidah umat Islam
(walaupun mungkin tidak berkaitan secara langsung) haruslah diberikan
keutamaan. Kenyataan DSAI itu membayangkan seolah-olah untuk
�bertarung� dengan orang Islam (kerajaan UMNO) itu lebih penting
daripada bersatu bersama umat untuk �bertarung� menentang orang
bukan Islam (gereja Katolik).

Agaknya, memang sukar untuk merubah masyarakat menjadi masyarakat yang
benar-benar berbudaya ilmu. Agaknya juga, masih ramai yang tidak
memahami bahawa politik bukanlah penyelesaian terbaik kepada segala
permasalahan umat yang wujud pada hari ini. Mungkin juga, ramai yang
masih belum memahami bahawa asas kepada penyelesaian permasalahan umat,
dan seterusnya untuk membina tamadun umat Islam yang terbaik, adalah
pada persoalan �aqidah � soal pembentukan pandangan alam Islam yang
benar dan jelas.
Saya pasti ulasan ini tidak popular. Mohon maaf jika ada sesiapa yang
terasa. Semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada kita semua dan
melimpahi Rahmat-Nya kepada kita tanpa putus.

--
Posted By amri el wahab to Hembusan Amal 4U
<http://hembusan-amal.blogspot.com/2010/02/diskusi-isu-kalimah-allah-ber
sama-orang.html>  on 2/07/2010 12:20:00 AM


Kirim email ke