Semalam borak dengan seorang Pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Saya 
kata sekarang ni makan Nasi Bungkus lah guru-guru kalau ada kursus.

Dia kata tak ada apa-apa, nasi bungkus pun tak ada. Bajet tak ada langsung. 
Duit makan tak ada, tuntutan elaun perjalanan tak ada.

Begitu teruk sekarang ini , kerajaan dan Kementerian Pelajaran tak ada duit 
langsung nak beri makan masa kursus.

Kalau macam tu, saya sarankanlah kepada guru-guru, jangan marah, banyakkan 
bersabar. Eloklah digesa supaya guru-guru berpuasa ketika menghadiri kursus. 
Dapat pahala, dapat jimat duit.

Atau paling senang Kementerian Pelajaran tak payahlah buat apa-apa kursus, 
nazir-nazir pun tak payahlah melawat sekolah, jimat semuanya.

Begitu teruk sangatkah ekonomi negara ? 

Nampaknya orang politik UMNO, PAS, PKR tak kisah dengan nasib para guru-guru di 
Malaysia ini. Mereka asyik dengan isu keluar parti, isu Australia, isu itu, isu 
ini, sampaikan lupa para guru, para kakitangan kerajaan sedang menghadapi saat 
yang amat sukar akibat bajet kerajaan banyak di potong.

Ada sekolah elit di Seremban di arah pasang kipas di bilik darjah selepas pukul 
9. Kalau boleh pejabat Perdana Menteri , Menteri Besar , Pengarah Jabatan 
Pelajaran, Pengarah itu, Pengarah ini pun tak payahlah guna air-cond, guna 
kipas lepas pukul 9 pagi.

Cerita berkenaan Nasi Bungkus untuk guru semasa kursus di 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/nasi-bungkus-untuk-perdana-menteri-dan.html 



      

Kirim email ke