KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas
bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada
masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong
segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm 
(asrama)’.

Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit 
nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin
terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah  selaku kadi, wali
dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.

Seperti
pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan
pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki
sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada 
waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.

Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan  melangsungkan 
pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti,
sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang
mengamalkan cara pernikahan berbeza.

Selepas berlangsung
majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan,
‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana
suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu
daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim),
Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.
Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis  berusia 23
tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana
tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan
ibu bapa.

“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini.
Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi 
alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki
IPTA berkenaan.

“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya
terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan
perkahwinan dengan cara sedemikian.

“Semua kes pernikahan
itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin
pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala
hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan
pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, 
baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan
terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa
tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti
sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan
diketahui pihak pentadbiran universiti.

Katanya, pasangan
berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di
kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa 
kediaman yang  diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di
kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.

“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama
lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.

“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan
pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.

Hanafi
berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras
segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi
mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan
mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.

“Lebih
memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang
cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi 
walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi
hukum.
Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan
terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam
segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.

“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat
keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan
mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut
paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.


CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI, 
HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM SINGGAH DULU YE
PETUA KULIT CANTIK..
SMS MURAH2


      

Kirim email ke