![Picture 060]()
Gombak – Tembok pemisah yang dibina oleh Umno / Barisan Nasional antara PAS dan masyarakat Cina di Malaysia telah tumbang dan tidak membuahkan hasil untuk memecah belahkan perkauman dengan mengadakan berbagai fitnah dan provokasi terhadap parti PAS/PR pada masa kini.
![Picture 062]()
Ia bermula pada detik pilihanraya umum yang lalu sehingga kini apabila pilihanraya kecil diadakan ramai masyarakat Tionghua mengibarkan bendera PAS dan melilitkan bendera dibadan mereka dimana, ketika itu DAP sudah berani mengambil dan mengibarkan bendera PAS dan boleh menerima perjuangan dan memahami perjuangan PAS.
![Picture 063]()
Perkara ini dinyatakan oleh beberapa orang masyarakat Tioghua kepada wartawan PKM Dun Gombak Setia sempena meraikan Tahun baru cina yang telah diadakan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia bersama saf-saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua-Ketua Kg, Nazir Masjid Gombak, baru-baru ini.
![Picture 106]()
Dalam perutusan meraikan Tahun Baru Cina baru-baru ini, YB Dato’ menyatakan “Dalam Arena Politik masa kini, jelas kelihatan masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia. Semoga dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih Adil, Bersih dan Aman buat semua”.
![Picture 066]()
Oleh itu, pimpinan PAS dipelbagai peringkat sedang giat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, Bersama masyarakat Cina setempat.
![Picture 067]()
YB Dato’, saf pimpinan PAS Gombak, kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan Sri Gombak bersama Kelab Penyokong PAS dari kalangan kaum China telah mengadakan makan bersama rakyat sempena kedatangan Tahun Baru Cina.
![Picture 068]()
Kelihatan begitu ramai penduduk tempatan dari kalangan masyarakat China telah diraikan dan tidak dapat dikira kerana dewan perkarangan pasar Tani Moden Sri Gombak telah dipenuhi oleh rakyat sekitarnya.
YB Dato’ Hasan berkata, beliau begitu sukacita dengan kehadiran yang ramai, melebihi luar jangkaan.
![Picture 069]()
“Saya minta maaf, kalau ada yang tidak dapat limau, saya beli sebanyak 250 kotak limau, kad yang dicetak sebanyak 3000 keping kad sudah habis, sebab saya jangka hanya 250 orang akan hadir, tapi sekarang sudah melebihi orang, walaubagaimanapun saya janji tahun akan datang kita akan buat lebih meriah dan semua orang akan dapat limau, kad, angpow. Terima kasih kerana sudi hadir dan sentiasa memberi sokongan padu bersama pihak kami (PAS/PR) dan saya ucapkan buat semua “Gong Xi Fa Cai” ujar YB Dato’ ketika berucap dalam majlis tersebut.
![Picture 072]()
Selain memberi limau, kad, mengadakan tarian naga ,YB Dato’ juga telah mengagihkan angpow kepada semua yang hadir, yang sudah menjadi lambang sambutan perayaan tersebut. Jelas kelihatan kegembiraan hati mereka terutamanya anak-anak kecil yang menerima angpow.
![Picture 073]()
Setelah meraikan Tahun Baru Cina, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya di Sek. Al-Amin Gombak untuk menyampaikan CF kepada sekolah berkenaan.
KOLEKSI FOTO
![Picture 074]()
![Picture 076]()
![Picture 077]()
![Picture 078]()
![Picture 080]()
![Picture 100]()
![Picture 103]()
![Picture 099]()
Editor : Khaulah Azwar
http://khaulah-azwar.blogspot.om/