Baru baru ini ceramah Maulidur Rasul di beberapa masjid dan surau di tempat
saya (Negeri Selangor) berwajah lain daripada lain.Tidak saperti tahun
sudah.Walaupun tajuk ceramah cantik -  Memantapkan Ukhwah Memperkasakan
Umat, tetapi penceramah penceramah telah mencemarkan nya dengan
berceramah yang isi isi kandungan nya mendorong kepada arah
pemecahan ukhwah.Mereka mengambil kesempatan di majlis majlis maulid ini
bukan tujuan untuk memantapkan semula uhkwah Islamiah umat yang kian hancur,
sebaliknya dalam ceramah, samada sengaja atau tidak, mereka timbulkan isu
isu politik.Maklumlah kalau sudah cakap pasal politik keluar lah ungkapan
kata mengata terhadap pihak lawan.Saya amat kesal dan dapat merasakan
suasana tegang dari pihak para hadirin yang menghadiri majlis majlis
tersebut.Para hadirin amat kecewa, kerana tujuan mereka hadir kerana ingin
mengecas semula Ukhwah sesama mereka (kerana yang hadir terdiri dari semua
golongan fahaman politik)  tetapi sebaliknya mereka di hidangkan dengan
beberapa isu isu politik oleh penceramah penceramah yang menyebabkan
ketegangan dan merenggangkan uhkwah..

Penceramah yang bertanggungjawab dan ikhlas kerana Allah sepatutnya
mengambil kesempatan atau peluang pada sambutan maulidur Rasul ini.
mengendurkan semula ketegangan politik pada umat Islam dengan berceramah
menjurus kepada apa yang di sarankan dalam tema ya itu Memantapkan Ukhwah
Memperkasakan Umat.

Kirim email ke