Begitu banyak kes jenayah, gejala sosial, pecah rumah, rompak, penipuan 
internet, buang bayi, zina dan macam-macam lagi.

Sebelum kita menyalahkan kerajaan BN atau PR, polis, Jabatan Agama, Jabatan 
Kebajikan, taman itu, kampung itu dan lain-lain, marilah kita salahkan diri 
kita sendiri dulu.

Apa sumbangan kita di kampung atau perumahan kita ?

Yang paling asas untuk lelaki Islam ialah hidupkan masjid dan surau di tempat 
kita dengan solat jemaah.

Ini ialah formula yang paling mudah dan murah.

Buatlah yang asas ini dulu, solat. Hidupkan solat jemaah seramai mungkin di 
surau dan masjid kita. InsyaAllah segala masalah diatas akan berkurangan.

Kemudian barulah semua pihak meningkatkan rondaan, CCTV dan sebagainya.

Mintalah pada ALLAH dulu sebelum kita melakukan usaha lain. 

Hidup di dunia hanya sementara, Hidup di akhirat kekal selama-lamanya.

Buat semua yang ALLAH suruh, tinggalkan semua yang ALLAH larang.

Rozmal http://waghih.blogspot.com 



      

Kirim email ke