Umat Islam yang majoritinya terdiri daripada kamu Melayu di negara ini
semakin resah disebabkan oleh banyak perkara yang dilihat mengikiskan
identiti mereka sebagai umat Islam yang semakin hari semakin diserang oleh
beberapa golongan sekular, liberal dan musuh-musuh Islam di negara ini.

Jadi tidak hairanlah jika banyak NGO yang berkumpul untuk berikrar membela
kedudukan Islam di negara ini.

Malangnya, penyelesaian yang dipilih adalah penyelesaian yang juga terbit
dari sistem yang telah mengakibatkan Islam diserang dan dipermainkan oleh
golongan liberal, sekular dan musuh-musuh Islam. Ia adalah umpama mengubati
suatu penyakit dengan menggunakan racun yang menyebabkan berlakunya penyakit
tersebut.

Setelah penjajah Barat memberikan “kemerdekaan” kepada negara ini, penjajah
telah memperhalusi sistem yang akan menjadi penyelesaian kepada permasalahan
umat Islam di negara ini, dan penyelesaian yang diberikan oleh kafir
penjajah tersebut bukanlah datang daripada Islam. Seperti kata-kata seorang
pejuang anti-apartheid Afrika Selatan: “Penjajah bukan sahaja sedang
menyerang kita, mereka juga memberikan kita cara bagaimana untuk kita
bertindakbalas apabila diserang”.

Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam dalam memastikan bahawa umat
Islam akan terus mengambil penyelesaian daripada sistem buatan mereka dan
akibatnya, ia langung tidak akan memberikan apa-apa penyelesaian tetapi akan
hanya menambahkan masalah baru untuk umat Islam.

Sesungguhnya, yang boleh menyelamatkan umat Islam adalah kembali kepada
sistem pemerintahan Islam iaitu sistem Khilafah, dan bukannya mengharap
kepada perjuangan assabiyah yang dianjurkan oleh kafir penjajah.



Wa Allahu A’lam


--
Dari laman Blog Hembusan Amal
4U<http://hembusan-amal.blogspot.com/2010/03/penyelesaian-yang-salah-terhadap.html>on
3/02/2010 10:54:00 AM

Kirim email ke