Pihak kami menerima SMS berikut : assalamualaikum. tuan saya minta jasa baik tuan pantau mesin judi dkat tmn tasik sebelah rk satay. kesian tuan. Penuh dgn anak2 melayu. kes sama di pusat internet di tmn desa anggerik (sebaris family store)
KOMEN : Kenapa pengadu tak buat aduan kepada Polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan ? Apakah pengadu sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan ? Pihak kami membuat tinjauan pada jam 1:15 tengahari 4 Mac 2010 pada tempat yang dilaporkan iaitu deret kedai berhampiran Restoran R & K Satay di Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan. Pada mulanya tidak nampak apa-apa papan tanda kedai yang mencurigakan atau kedai internet. Setelah beberapa minit memerhati barulah nampak satu stiker kecil pada pintu kaca RM 3 sejam. Apakah ini tempat judi remaja Melayu yang dimaksudkan ? Foto tempat yang disyakki menjadi sarang judi remaja Melayu di sini http://amkns.blogspot.com/2010/03/nak-tengok-tempat-melayu-senawang.html Harap pihak berkuasa menyiasat dan ambil tindakan demi menyelamatkan bangsa Melayu dan umat Islam. Macamana Melayu tak rosak. Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan Kosmo pun dengan bangganya menyiarkan iklan judi untuk menggalakkan orang Melayu berjudi. Kalau sekumpulan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan , Polis dan sebagainya boleh buat operasi menangkap orang mengajar tanpa tauliah di Kuala Pilah, takkan tak boleh tubuh TASKFORCE buat operasi tangkap orang Melayu dan remaja Melayu yang berjudi di Kedai Judi Berlesen Sah (Haram), Kedai Judi Tidak Berlesen (Haram) , mesin judi berlesen (Haram) dan mesin judi tidak berlesen (Haram) seluruh Negeri Sembilan ? Patutlah orang Melayu dan Islam semakin ramai buat maksiat terutamanya di Negeri Sembilan, kerana mereka tak risau akan ditangkap, kerana mengajar tanpa tauliah lebih utama untuk ditangkap daripada mereka yang berjudi agaknya. ************************ Utusan Malaysia KUALA PILAH 1 Mac – Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di negeri ini. Semalam Fathul Bari bersama tiga pengikut kanannya ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika sedang mengajar di hadapan hampir 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah. Kesemua mereka ditahan pada pukul 11.30 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis Kuala Pilah untuk siasatan. Beberapa buku dan peralatan yang digunakan turut dirampas dalam serbuan itu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm&arc=hive
