Karnival Jom Heboh, pada dasarnya menekankan aspek perniagaan, tetapi, malangnya mengandungi unsur-unsur negative seperti konsert yang tidak terkawal, percampuran antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Ini penyebab utama kenapa mufti berfatwa bahawasanya ianya Haram.
Jom Heboh Edisi Kelantan bukanlah satu pesta maksiat. Pihak Media Prima (TV3) telah bersetuju dengan enakmen peraturan kawalan hiburan negeri Kelantan. Petikan daripada comment di Fan page FaceBook YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh YB Dr. Mohamed Fadzli Dato' Hj Hassan (Exco Kerajaan Negeri Kelantan): "Saya adalah salah seorang Exco yang bertanggungjawab terhadap program JomHeboh edisi Kelantan ini, selain YB Exco Dato' Takiyiddin dan YB Exco Hjh Ubaidah. TV3 telah bersetuju dan berjanji untuk mematuhi segala peraturan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan dan bersetuju tidak memasukkan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, TV3 juga akan menjadikan JomHeboh Edisi Kelantan sebagai satu contoh kepada program-program yang akan datang. Sehubungan dengan itu juga, TV3 akan lebih mengenengahkan seni budaya masyarakat negeri Kelantan dalam program JomHeboh Edisi Kelantan ini. Saya yakin dan percaya ini adalah satu kejayaan dalam dakwah kita untuk mengenengahkan konsep kesyumulan Islam bukan sahaja kepada rakyat Kelantan, bahkan kepada seluruh negara...." Saya rasa, dengan kenyataan tersebut jelaslah tentang JomHeboh Edisi Kelantan ini... Pada pandangan saya, TV3 juga adalah mad'u kita... jangan kita hanya pandai kata ini tak boleh, itu tak boleh, tapi, kita tak ajar mcm mane nak buat dengan cara yang boleh... InsyaAllah, kalau semua pakat-pakat tegur, pakat2 buat kerja, insyaAllah, Islam akan terus berkembang ke seluruh alam... Wallahua'lam. ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Tue, March 2, 2010 8:53:24 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] PESTA JOM HEBOH AKAN SERANG SERAMBI MEKAH Khabarnya: Pesta Jom Heboh di jangka akan di adakan di Kota Baru Kelantan.Perkembang an ini memang tidak di duga kerana pesta yang pernah di kutuk oleh beberapa orang Mufti dan tokoh tokoh PAS kini akan di adakan di negeri di bawah pemerintahan kuat PAS? Orang kuat TV3, dalam temuramah di siaran TV3 bangga kerana akhirnya Jom Heboh dapat menembusi dan bertapak di Serambi Mekah, Kelantan. Apa pandangan pencinta dan pejuang Islam, terutama dari Kelantan? Mengapa pemimpin tiba tiba berubah arah dan mengizinkan pesta maksiat ini di adakan di sana? Salaam & Regards Amri el WahabJemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu". Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
