PETiKAN : http://laman-seri.blogspot.com

*Tazkirah: Strategi syaitan
profesional*<http://laman-seri.blogspot.com/2008/06/tazkirah-strategi-syaitan-profesional.html>


<http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S5BovwpAxfI/AAAAAAAADlM/IaGln_Do0vs/s1600-h/silent-light1.jpg>Syaitan
suka keluar waktu senja (maghrib)

Assalamualaikum warahmatullah,

SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat
kawan, sebaliknya kena dibuat lawan. Jika hendak bermusuh dengan syaitan,
kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang
begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan
menyesatkan manusia.

Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara
supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar
daripada godaan mereka.

Antara strategi syaitan ialah:

1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan
ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan
mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan.
Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan
matlamat supaya berakhir dengan keburukan. Antaranya, melakukan sesuatu
bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh
kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya: "Tinggalkan
yang meragukan, ambillah yang menyakinkan."

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada
keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang
syaitan untuk menggoda manusia. Sebab itu prinsip Islam bermula dengan
keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa
pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah
segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan
beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum
untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup
dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang
memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi
SAW dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca, "Bacalah (wahai
Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data
dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. Dengan membaca bererti semakin
banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan
untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas. Sebab itulah ibadat mesti
dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah
berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan
berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri. Sebaliknya syaitan akan
menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan
sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh'
(Tuhan).

5. Syaitan ‘auta’nya sangat hebat. Bagi yang solat jemaah di masjid, syaitan
tidak berkata, “tak payah solat.” Dia bisik, “masbukpun tak apa, dapat juga
jemaah.” Kalau dah masbuk nanti, “boleh tepuk bahu orang lain, dapat juga
jemaah.” Nanti dah tak dapat tepuk bahu orang, “dapat juga solat di masjid,
lagi baik dari rumah. Orang lain solat di rumah.” Nanti “kalau solat seorang
di masjid baik buat di rumah saja, maghrib dan isyak barulah masjid.”
atau “waktu
kerja ni, maghrib dan isyak di rumah pun boleh, nanti dah pencen barulah
full di masjid” …. dan seumpamanya. Kalau kita solat di masjid jemaah
(lelaki) dengan solat nafilahnya banyaklah buffer dan benteng pertahanan.
Tembus satu benteng ada benteng lain, cepat sedar dan perbaiki diri. Syaitan
tembak dari jauh!

6. Lihat sejarah silam permulaan manusia, pada asalnya menyembah patung. Anak
Nabi Adam, pada zaman mereka, masih belum sembah patung. Mereka percaya
sangat Allah beri rezeki. Iblis tak hasut anak Nabi Adam sembah patung.
Malangnya, generasi selepas mereka, syaitan mula menghasut dengan usul
membuat patung, untuk memperingati nenek moyang yang soleh atau dijadikan
sebagai teladan. Di zaman Nabi Nuh a.s., patung telah disembah sebagai
Tuhan. Lihatlah bagaimana iblis/syaitan memainkan fikirkan manusia. Iblis
dan tenteranya sabar, berstrategi demi sumpah mereka, iaitu menyesatkan
manusia. Iblis sanggup merayu, "Ya Tuhanku" agar diberi umur panjang demi
melihat anak-anak Adam tersungkur.

Dalam surah Yaasiiiin ayat 60, yang bermaksud, “…Bukankah Aku telah
memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu……” Dalam ayat
ini, memang jelas Allah memperingatkan kita, jangan tunduk kepada syaitan
kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata. Kita berhadapan dengan
syaitan yang ghaib (tak nampak) dan syaitan yang nyata (nampak). Justeru itu
hanya ilmu, iman dan taqwa dapat menghindarkan kita dari pujukan / tarikan
syaitan.

Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu
'BEST'.

B merujuk kepada 'believe in Allah' (beriman kepada Allah),
E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati),
S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan
T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan).

Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri!

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

<http://www.mylivesignature.com/>

Sumber: Ustaz Mohd Zawawi Yusoh) & sedikit tambahan dari Al-Falaah grup.

Capaian entry berkaitan :

   1. Renungan di pagi
Jumaat<http://laman-seri.blogspot.com/2007/11/renungan-di-pagi-jumaat.html>
   2. Kisah si Iblis Menggoda Manusia - Part
1<http://laman-seri.blogspot.com/2008/06/kisah-si-iblis-menggoda-manusia-1.html>
   3. Kisah si Iblis Menggoda Manusia - Part
2<http://laman-seri.blogspot.com/2008/07/kisah-si-iblis-menggoda-manusia-part-2.html>
   4. Kisah si Iblis Menggoda Manusia - Part
3<http://laman-seri.blogspot.com/2008/07/kisah-si-iblis-menggoda-manusia-part-3.html>
   5. Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul
Maut<http://laman-seri.blogspot.com/2008/08/iblis-datang-mengganggu-ketika.html>
   6. Iblis Dengan Ahli
Neraka<http://laman-seri.blogspot.com/2008/08/iblis-dengan-ahli-neraka.html>
   7. Mata dan Bahaya Pandang
Memandang<http://laman-seri.blogspot.com/2008/12/mata-dan-bahaya-pandang-memandang.html>
   8. Syaitan musuh utama umat
Islam<http://laman-seri.blogspot.com/2008/12/syaitan-musuh-utama-umat-islam.html>
   9. Penipuan iblis di
syurga<http://laman-seri.blogspot.com/2009/05/penipuan-iblis-di-syurga.html>
   10. Part 1 - Iblis kunjungi
Rasulullah<http://laman-seri.blogspot.com/2009/03/part-1-iblis-kunjungi-rasulullah.html>
   11. Part 2 - Iblis
gentar<http://laman-seri.blogspot.com/2009/04/iblis-gentar.html>
   12. Part 3 - 70,000 anak bantu
iblis<http://laman-seri.blogspot.com/2009/04/70000-anak-bantu-iblis.html>
   13. Part 4 - Pendusta sahabat
iblis<http://laman-seri.blogspot.com/2009/04/pendusta-sahabat-iblis.html>
   14. Part 5 - 10 permintaan
iblis<http://laman-seri.blogspot.com/2009/04/part-5-10-permintaan-iblis.html>

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke