Berapa banyak pengorbanan guru yang tidak dihargai.

Kisah sebelum ini guru baiki kelas guna duit sendiri kerana kerajaan tak ada 
duit di 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html 

Luahan Guru Pendidikan Islam dibawah :

************************ 
Berita Harian 6 Mac 2010

Terlalu lama di pedalaman

SAYA menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin 
Yassin bahawa guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman antara 
tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka. 

Ini adalah pengorbanan besar bagi guru dari segi fizikal, moral, mental dan 
sebagainya untuk berkhidmat demi anak bangsa. 

Tetapi timbul persoalan dalam pemikiran saya, adakah selepas tempoh ditetapkan 
itu membolehkan guru terbabit bertukar ke sekolah dimohon atau hanya sekadar 
melayakkan untuk mengisi borang permohonan tukar guru saja? 

Ini disebabkan kebanyakan guru Semenanjung yang mengajar di pedalaman terutama 
di Sabah dan Sarawak sudah melebihi tiga hingga lima tahun, bahkan ada yang 
mencecah hampir 10 tahun tempoh perkhidmatan. 

Namun, permohonan pertukaran mereka ini tidak diluluskan hanya sekadar memberi 
pengharapan tetapi tidak kesampaian terutama guru yang mengajar subjek 
Pendidikan Islam. 

Saya yakin dan percaya antara yang membolehkan ramai guru baru sanggup menerima 
cabaran dan pengorbanan untuk berkhidmat di pedalaman seperti dikehendaki 
Kementerian Pendidikan mengikut tempoh ditetapkan itu, ialah dengan meluluskan 
permohonan pertukaran mereka bila cukup tempoh perkhidmatan ditetapkan 
sekiranya mereka berkhidmat di pedalaman kecuali jika guru itu tidak mahu 
bertukar dan suka mengajar di pedalaman. 

GURU PEDALAMAN, 
Sarawak. 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20100306004120/Article/index_html
 



      

Kirim email ke